Majlis undian bagi kejohanan Piala AFC 2018 baru sahaja dilangsungkan sebentar tadi di AFC House, Bukit Jalil. 13 pasukan dari 8 negara asean telah layak beraksi dalam kejohanan Piala AFC 2018.
Daripada 13 pasukan itu, 2 wakil dari Filipina akan ditentukan selepas semua perlawanan liga domestik di negara itu tamat.
2 wakil dari Kemboja dan Laos akan beraksi dalam peringkat play-off untuk menentukan pasukan mana yang akan layak ke peringkat kumpulan AFC Cup 2018.
Antara pasukan dari negara Asean yang telah layak beraksi di peringkat kumpulan Piala AFC ialah FLC Thanh Hoa (Vietnam), Song Lam Nghe An (Vietnam), Johor Darul Ta’zim (Malaysia), Bali United (Indonesia), Persija Jakarta (Indonesia), Shan United (Myanmar), Yangon United (Myanmar), Tampines Rovers (Singapura), Home United (Singapura), Juara Liga PFL (Filipina) dan Naib juara PFL Final Series (Filipina).
2 pasukan dari Asean yang beraksi di peringkat perlawanan play-off ialah, Lao Toyota (Laos) dan Boeung Ket Angkor (Kemboja).
Wakil dari Malaysia, JDT dan Selangor diundi dalam kumpulan H bersama kelab dari Singapura (Tampines Rovers), Indonesia (Persija Jakarta) dan Vietnam (Song Lam Nghe An FC).
Selangor akan menggantikan JDT sekiranya JDT layak ke peringkat kumpulan AFC Champions League 2018 secara merit.
Perlawanan pertama kumpulan H akan berlangsung pada 14 Februari 2018.
JDT akan bertandang ke Stadium SCG bertemu dengan naib juara Liga Perdana Thailand 2017, Muangthong United pada 23 Januari 2018 untuk saingan kelayakan kedua AFC Champions League 2018.
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menetapkan pusingan kelayakan dan play-off AFC Champions League akan diadakan pada 16 Januari 2018 (kelayakan 1 ), 23 Januari 2018 (kelayakan 2) dan play-off pada 30 Januari 2018.
Ada 3 peringkat kelayakan iaitu kelayakan pertama, kelayakan kedua dan play-off untuk menentukan tempat di peringkat kumpulan dalam saingan AFC Champions League 2018.