Quantcast

BERITA

Piala AFC 2018: JDT Tak Rela Tumbang Di Halaman Sendiri

Tugas sukar menanti juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila mereka bakal melayan kunjungan Tampines Rovers di Stadium Larkin untuk perlawanan ke 4 peringkat kumpulan dalam saingan Piala AFC 2018.

Keputusan seri tanpa jaringan yang dicatatkan di Stadium Jalan Besar minggu lepas memberi petanda kelab dari Singapura itu bukan lawan yang mudah untuk ditundukkan.

Justeru itu, kapten skuad Harimau Selatan, Safiq Rahim mahu rakan sepasukannya memanfaatkan kelebihan di halaman sendiri untuk mengutip 3 mata penuh.

“Kami mahukan kemenangan untuk perlawanan bertemu Tampines Rovers kali ini, lebih-lebih lagi kami bermain di halaman sendiri.

“Agak lama kami tidak bermain di Larkin, oleh itu kami mahukan keputusan yang baik apabila bermain di stadium keramat ini,” katanya seperti dipetik melalui laman facebook JOHOR Southern Tigers (JST).

KAMI MAHUKAN KEPUTUSAN YANG BAIK APABILA BERMAIN DI STADIUM LARKINKami mahukan kemenangan untuk perlawanan bertemu…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Tuesday, March 13, 2018

Menurut Safiq, beliau tidak kisah barisan pemain yang akan diturunkan malam ini sama ada skuad utama atau kedua dan harus bersedia dengan beberapa perubahan taktikal yang akan berlaku nanti.

“Tidak kisah siapa sekalipun yang akan diturunkan untuk perlawanan ini, harus memberikan yang terbaik dan mengikut taktikal yang telah diberikan jurulatih.

“Kami mahu berfikiran positif dan semestinya mahukan tiga mata kemenangan. Bagi saya, apa yang sudah lepas kita biarkan ia berlalu.

“Kami mahu fokus kepada perlawanan ini. Mungkin akan berlakunya perubahan taktikal, perubahan kekuatan dan juga perubahan kelemahan.

“Apa sekalipun, kami mesti memberi fokus kepada pasukan kami sendiri, iaitu memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan lagi kekuatan kami,” ujarnya.

Sesi latihan skuad JDT di Stadium Larkin semalam. FOTO: JST

Ketiadaan penyerang prolifik, Jorge Pereyra Diaz ternyata tidak memberikan kesan kepada skuad itu kerana mereka mempunyai ramai pemain yang masih boleh diharapkan.

“Mengenai ketiadaan Pereyra Diaz, ia hanyalah mengenai seorang pemain sahaja yang meninggalkan kami. Bukan sepuluh orang. Tiada kesan kepada pasukan, malah perlawanan sebelum ini pun dapat dilihat bahawa prestasi pasukan bertambah baik,

“Alhamdulillah. Ini adalah kesan yang positif buat pasukan dan kami akan lalui semua ini dengan terbaik dan kekal positif.

“Untuk perlawanan bertemu Tampines Rovers, kami mempunyai sasaran kami sendiri. Kami mahukan yang terbaik sepanjang perlawanan Piala AFC.

“Kami mengambil motivasi dan perkara yang baik ketika perlawanan sebelum ini (bertemu Terengganu) untuk dibawa ke perlawanan malam esok,” jelas Safiq.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!