Piala AFC 2018: JDT Tak Gentar Hadapi Puluhan Ribu Penyokong Persija Jakarta

Pertembungan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Persija Jakarta di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta untuk saingan Piala AFC esok pasti menarik.

Buat masa ini, JDT turut berkongsi mata yang sama dengan pendahulu peringkat kumpulan, Song Lam Nghe An FC dan juga Persija Jakarta meskipun pada masa ini JDT di kedudukan ketiga.

Pastinya saingan sengit bakal disajikan oleh setiap pasukan untuk layak ke peringkat akan datang serta sudah tentu hanya kemenangan menjadi matlamat.

Malah bukan itu sahaja, mereka juga bakal menghadapi sorak gegak gempita lebih 70,000 penyokong Persija Jakarta yang dikenali ‘Jakmania’ yang dijangka akan memenuhi ruang tempat duduk stadium Gelora Bung Karno esok.

Sesi latihan skuad JDT di Jakarta. FOTO: JST

Pengendali Skuad Harimau Selatan, Raul Longhi mengulas kepada Berita Harian berkata, JDT yang baru sahaja menghadapi Pahang di peringkat suku akhir Piala FA beberapa hari lepas enggan menjadikan kepenatan sebagai alasan.

“Tiada alasan (kepenatan) kerana kami menyusun program latihan dengan teliti. Pemain melalui proses pemulihan, menjalani latihan ringan dan mereka menunjukkan karaktor positif dalam latihan.

“Kami bersedia memberi persembahan melebihi 100 peratus dan saya kagum dengan semangat pemain yang menunjukkan komitmen tinggi sebelum menjalani latihan rasmi di Stadium Bung Karno, petang ini,” katanya.

Beliau turut menegaskan pemain tiada masalah beraksi di depan ramai penyokong kelab dari Jakarta itu ketika JDT pernah mengalaminya di pentas final Piala FA 2016 dan Piala Malaysia 2017.

Baginya, pengalaman yang bakal ditempuh ini amat penting buat barisan pemain muda yang bakal diturunkan kerana mereka akan lebih berkeyakinan untuk beraksi dan memberi sepenuh tumpuan dalam perlawanan itu nanti.

Sesi latihan skuad JDT di Jakarta. FOTO: JST

Pada pusingan pertama, skuad Harimau Selatan menewaskan skuad kendalian Stefano Cugurra 3-0 – jaringan Ahmad Hazwan Bakri, Jorge Pereyra Diaz dan Safawi Rasid pada pertembungan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 14 Februari lalu.

Beberapa pemain  JDT juga akan direhatkan bagi memastikan persiapan yang lebih rapi perlawanan berdepan PKNS FC, Sabtu ini.

Beliau juga yakin dengan kemampuan pemain utama yang akan diturunkan pada malam esok.

“Kami tahu Persija Jakarta merehatkan beberapa pemain utama dalam aksi Liga 1 Indonesia, baru baru ini dan itu mungkin taktik mereka,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN