Piala AFC 2015: Mampukah South China Memecahkan Rekod Kebal JDT Di Larkin?

Jika ada satu perkara yang boleh JDT harapkan untuk menghadirkan rasa gerun kepada South China sebelum perlawanan suku akhir pertama Piala AFC malam ini adalah rekod kebal JDT di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Yunos.

Kali terakhir JDT tewas di halaman sendiri adalah pada 21 September 2013. Mereka tewas kepada PKNS 0-2 dalam saingan Piala Malaysia 2013.

Minggu lepas JDT baru sahaja menjulang gelaran juara Liga Super meskipun tewas 1-2 dalam perlawanan terakhir liga. Semuanya terima kasih kepada kekalahan perlawanan terakhir liga yang dialami Pahang, yang turut mara ke suku akhir Piala AFC.

Tetapi tumpuan JDT harus segera dialihkan kepada pertemuan menentang South China, bekas majikan ketua jurulatih JDT ketika ini, Mario Gomez.

Sebagai bekas jurulatih South China, Gomez pastinya tahu kekuatan dan kelemahan bekas anak buahnya.

Antara nama pemain South China yang perlu diberikan perhatian adalah bekas pemain sayap kanan Auxerre, Mahama Awal dan kapten pasukan kebangsaan Hong Kong, Chan Siu Ki (dalam gambar).

south_china_celebrate_md3_8x4_wsg

Ketua jurulatih baru South China, Casemiro Mior, baru sahaja menyaksikan Daniel McBreen – antara penjaring terbanyak Piala AFC 2015 dengan 6 gol – meninggalkan kelabnya selepas kontraknya tamat.

Untuk menggantikan McBreen, South China membawa masuk Karpeh Boima, penyerang tinggi lampai Australia yang pernah bermain di liga Indonesia dan India. Ini bermakna South China masih akan meneruskan formasi 4-3-3 mereka; dengan rangkaian Boima, Awal dan Ki sebagai trio serangan.

JDT pula menambah pemain JDT II kelahiran Argentina, Leandro Velazquez (dalam gambar), dalam skuad Piala AFC mereka.

1IMG_2522-789999

South China hadir sebagai pasukan yang mengekalkan rekod kemenangan bersih; menang semua 7 perlawanan dalam kempen Piala AFC 2015. Mereka telah diundi satu kumpulan dengan Pahang dan tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Pahang (1-0 dan 3-1) di Kuantan dan Hong Kong.

Mereka sudah menjaringkan 19 gol dan hanya bolos 3 gol sepanjang kempen Piala AFC 2015.

Manakala JDT menang 6 kali dan kalah hanya sekali; kepada kelab Hong Kong, Kitchee SC. Seperti South China, gawang JDT juga baru bolos 3 kali dalam Piala AFC. Jentera serangan mereka pula sudah menjaringkan 16 gol.

Baca juga: INI PENDAPAT PENYOKONG SANTOS DAN ESTUDIANTES TENTANG PATRICIO RODRIGUEZ

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN