Phillipe Coutinho Percaya Persekitaran Di Munich Mampu Jadikannya Lebih Baik

Coutinho

Setiap langkah penghijrahan yang diambil oleh seseorang pemain, sudah pasti mereka mengharapkan hasil yang lebih baik berbanding sebelumnya. Itu juga tidak terkecuali buat pemain sayap baharu Bayern Munich, Phillipe Coutinho.

Pemain berusia 27 tahun itu jelas percaya kariernya akan lebih baik selepas memilih untuk dipinjamkan ke Bayern Munich daripada Barcelona. Coutinho turut melihat beliau berada dalam persekitaran yang baik untuk mencapai potensi penuhnya.

Coutinho diturunkan selaku pemain kesebelasan utama buat pertama kali oleh Niko Kovac pada aksi menentang Mainz 05 yang menyaksikan Bayern Munich bangkit dari ketinggalan satu gol untuk mencatatkan kemenangan 6-1 di Allianz Arena.

”Terdapat ramai pemain yang bagus, terkenal dan hebat [di sini].”

”Saya sangat gembira untuk berada di sini dan saya dapat belajar daripada mereka dan menjadikan saya lebih baik,” Coutinho bercakap kepada Bundesliga.com selepas aksi bertemu Mainz 05.

”Mengenai Barcelona, sesuatu yang saya harapkan tidak berjalan dengan lancar. Pada tahun-tahun tersebut saya mendapat pengalaman yang hebat.”

”Saya banyak belajar, merangkul banyak kejuaraan bersama kelab dan memenangi Copa America, di mana saya memenangi bersama Brazil. Ia sangat penting.”

”Kini, saya mempunyai peluang bersama kelab baharu, sebuah kelab yang besar. Saya berharap saya berada di sini untuk tempoh yang panjang dan memenangi banyak piala.”

Kredit foto: FC Bayern München

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN