Philippe Coutinho Sedia Kembali, Beri Komitmen Sepenuhnya Kepada Liverpool Dengan Bersyarat

Philippe Coutinho mahu Liverpool berjanji agar membenarkan perpindahannya ke Barcelona pada musim panas akan datang sebelum mahu memberikan komitmen untuk kekal di Anfield pada musim ini.

Perancang tengah Brazil itu sanggup untuk melupakan perbezaan pendapat dengan pengurus Juergen Klopp dan juga pegawai pengurusan Liverpool yang lain mengenai perpindahannya jika beliau diberi jaminan akan dilepaskan ke Nou Camp pada penghujung musim 2017/18 ini.

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

Syarat sebegini seolah-olah ulangan kepada perpindahan melibatkan Luis Suarez sebelum penyerang antarabangsa Uruguay itu melengkapkan perpindahan bernilai £70 juta dari Liverpool ke Barcelona.

Wakil Coutinho dijangka akan mengusulkan perjanjian tersebut untuk memastikan Liverpool bersetuju membenarkan perpindahan Coutinho ke La Liga pada musim hadapan.

Setakat ini, Fenway Sports Group (FSG) yang merupakan pemilik Liverpool tetap teguh dengan pendirian tidak membenarkan pemain berusia 25 tahun itu ke Nou Camp.

Beberapa bidaan daripada Barcelona telah ditolak termasuk tawaran terakhir berjumlah £114 juta oleh hierarki di Liverpool itu. Pendirian untuk tidak menjual Coutinho oleh FSG tampak akan kekal sebegitu dengan jendela perpindahan akan ditutup beberapa hari sahaja lagi.

(Photo by City-Press via Getty Images)

Bintang Brazil itu tidak beraksi untuk Liverpool sejak permulaan musim kerana kecederaan belakang yang dialaminya dalam perlawanan persahabatan pra musim.

Kem Coutinho mengatakan bahawa pemain tersebut akan memberi fokus sepenuhnya untuk membantu cabaran Liverpool selepas cergas sepenuhnya.

Klopp juga sudah menerima kenyataan bahawa Coutinho tidak akan dijual pada musim panas ini dan bersedia untuk menerima pemain itu kembali ke dalam skuad utamanya.

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Coutinho adalah seorang pemain yang bercita-cita tinggi dan sudah berada di Anfield selama 4 musim. Menurut penasihat kepada pemain tersebut, kegagalan memenangi sebarang kejuaraan bersama Liverpool adalah pendorong utama kepada pemain tersebut mahukan perpindahan ke Barcelona.

Walaupun Barcelona sedang mengalami kesulitan selepas perpindahan Neymar ke Paris Saint-Germain, Coutinho percaya peluang beliau untuk memenangi kejuaraan liga adalah lebih besar di Nou Camp berbanding di Liverpool, yang kali terakhir menjulang kejuaraan liga pada 1990.

Sumber:

1. Steve Bates, Mirror (2017): Wantaway Philippe Coutinho willing to knuckle down — once Liverpool promise to sell him to Barcelona next summer; http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/coutinho-wants-liverpool-promise-barcelona-11058733

2. Paul Hetherington, Daily Star (2017): EXCLUSIVE: Philippe Coutinho to stay at Liverpool – He wants to join Barcelona next summer; http://www.dailystar.co.uk/sport/football/640357/EXCLUSIVE-Philippe-Coutinho-Liverpool-Transfer-News-Barcelona-News-Jurgen-Klopp

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN