Philippe Coutinho: Menggapai Bintang Di Barcelona Atau Kekal Mencipta Sejarah Bersama Liverpool?

Bintang Liverpool, Philippe Coutinho berkemungkinan akan mengesahkan untuk menyertai Barcelona pada minggu ini walaupun Juergen Klopp jelas dengan pendirian bahawa pemain itu bukan untuk dijual.

Gergasi bola sepak dari Catalan itu dilaporkan cuba untuk memancing Coutinho sebagai pengganti Neymar Jr. yang berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG).

Apakah kesudahannya buat penyerang berusia 24 tahun itu?

Dari kacamata Barcelona

Sebelum Coutinho membintangi cabaran Brazil dengan kemenangan 3-0 ke atas Argentina dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia tahun lalu, wajah Coutinho sudah pun terpampang di merata akhbar yang berpusat di Catalan.

Pemain Liverpool itu mulai dikaitkan dengan perpindahan ke Nou Camp sejak setahun yang lalu. Prestasi memberangsangkan di peringkat kelab dan antarabangsa pada musim lepas, menguatkan lagi idea bahawa Coutinho akan mengikut jejak langkah Luis Suarez pada musim panas 2014.

(Photo by Ricardo Botelho/LatinContent/Getty Images)

Walaupun sebelum perpindahan Neymar ke Paris pada minggu lalu, media telah melaporkan wakil Coutinho dan Barcelona sering berhubung antara satu sama lain untuk kemungkinan perpindahan pemain tersebut.

Jelas, Philippe Coutinho kini adalah pemain yang disasarkan oleh Barcelona di jendela perpindahan pada musim panas ini.

Beberapa faktor turut menjadi sebab mengapa Barcelona adalah pilihan Coutinho jika beliau memilih untuk meninggalkan Anfield.

Luis Suarez adalah sahabat kepada Coutinho. Tempoh 6 bulan beraksi untuk Espanyol secara pinjaman pada 2012 juga menjadikan Coutinho sudah biasa dengan persekitaran, budaya, bahasa dan kehidupan di Barcelona.

(Photo by Jasper Juinen/Getty Images)

‘DNA Barca’ yang sudah wujud dalam diri Coutinho sejak ketika kariernya di Espanyol juga merupakan sebab mengapa Coutinho mahu menyertai Barcelona.

Selama ini mungkin ada pihak yang sukar membayangkan bagaimana Coutinho akan beraksi di dalam sistem rangkaian3 penyerang Messi, Suarez dan Neymar. Kini percaturan itu dipermudahkan dengan ketiadaan Neymar.

Pada umur 25 tahun, usia bukanlah penghalang buat Coutinho. Hari ini Barcelona melihat pemain ini sebagai pengganti kepada Neymar.

Satu hari nanti, Coutinho juga boleh beraksi di bahagian jentera tengah pasukan sebagai pengganti Andres Iniesta- peranan yang turut pernah diperagakan ketika beraksi untuk Liverpool.

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Coutinho telah membuktikan dirinya boleh bermain dengan baik bersama Suarez ketika di Liverpool. Manakala kehadiran Messi, hanya akan membuatkan Coutinho menjadi pemain yang lebih baik.

Liverpool mungkin akan meminta yuran perpindahan melebihi nilai £90 juta untuk Coutinho. Bagi pemerhati bola sepak yang bersifat neutral, versi perpindahan Coutinho dari Liverpool ke Barcelona pada musim panas ini merupakan lebih fakta dari fiksyen.

Dari kaca mata Liverpool

Bukanlah sesuatu yang asing untuk membaca akhbar dan mendapat tahu sebuah kelab elit eropah seperti Barcelona cuba memancing mana-mana pemain berstatus elit seperti Coutinho dari Liga Inggeris atau secara spesifiknya, Liverpool.

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

Apatah lagi jika kekosongan yang perlu diisi ditinggalkan oleh rakan senegaranya, Neymar. Hakikat bahawa beberapa anggota skuad Barcelona merupakan kenalan kepada Coutinho, hanya akan menambahkan kehangatan bahan cerita di dada akhbar serta tabloid.

Bagi Liverpool, tidak banyak yang mereka mampu lakukan selain daripada untuk kekal konsisten dengan pendirian bahawa pemain tersebut bukan untuk dijual.

Penyokong Liverpool mempunyai sebab untuk merasa yakin bahawa Coutinho akan kekal. Pemain tersebut baharu sahaja menandatangani kontrak baharu untuk kekal selama 5 tahun di Anfield pada Januari lepas.

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Satu perkara yang mungkin mengecewakan Coutinho ialah kaedah pemeteraian kontrak di England. Liga Inggeris tidak menyelitkan klausa perpindahan, terma yang dipergunakan oleh Neymar untuk menjayakan perpindahannya ke Perancis menjadi satu realiti.

Ini bermakna, keputusan untuk kekal di Anfield atau untuk berhijrah ke Nou Camp, terletak di tangan hierarki di Liverpool.

Prestasi Liverpool amat memberangsangkan sejak Juergen Klopp mengambil alih pasukan. Era ketika pemain terbaik mereka pergi meninggalkan mereka untuk pasukan yang lebih besar, tampak sudah berlalu.

Musim lalu, Klopp berjaya menghalang cubaan PSG untuk mendapatkan Coutinho. Itu adalah tindakan pertama yang penting dari Klopp selepas menyaksikan Liverpool kehilangan Suarez dan Rahem Sterling pada musim sebelumnya.

(Photo by City-Press via Getty Images)

Masa depan Coutinho jelas berada di tangan hierarki di Liverpool. Namun senarionya boleh berubah.

Jika Coutinho bertegas ingin mengembangkan karier bola sepaknya di Nou Camp, kami berpendapat Liverpool tidak punyai banyak pilihan.

Tidak ada gunanya untuk menyimpan seorang pemain yang tidak mampu beraksi dengan jiwa dan raga untuk pasukan. Klopp sedar akan realiti ini.

Andai Barcelona tampil dengan nilai sekurang-kurangnya separuh dari nilai €222 juta yang mereka terima hasil penjualan Neymar, maka Liverpool tidak mempunyai sebab untuk mengekalkan Coutinho bersama mereka.

Musim lepas, perancang skuad kebangsaan Brazil ini berjaya mengatasi isu konsistensi yang sering menganggu prestasi permainannya.

Credit: John Walton – EMPICS / Contributor
Editoria

Maka adalah sesuatu yang wajar untuk Coutinho tidak menyertai Barcelona sebelum ini, menggunakan tempoh di Liverpool meningkatkan prestasinya setakuk ke hadapan.

Liverpool bersukacita ketika Coutinho menandatangani kontrak baharu pada Januari lepas. Tetapi perpindahan mengejut Neymar ke PSG bermakna Liverpool berada dalam peperangan yang sukar untuk mengekalkan Coutinho di Anfield.

Rumusan
Apa pendapat penyokong Liverpool? Bagaimana seharusnya Coutinho perlu dikekalkan? Wajarkah Liverpool membiarkan penjualan Philippe Coutinho ke Barcelona?

Atau kekal di Anfield untuk menjadi sebahagian daripada kegemilangan sejarah yang bakal dicipta Liverpool?

Sumber:

1. Kaveh Solhekol, Sky Sport (2017): Philippe Coutinho wants Barcelona move but won’t force Liverpool exit; http://www.skysports.com/football/news/11669/10978155/philippe-coutinho-wants-barcelona-move-but-wont-force-liverpool-exit

2. Andy Hunter, The Guardian (2017): Liverpool determined to keep Philippe Coutinho even if Barcelona offer £100m; https://www.theguardian.com/football/2017/aug/07/liverpool-philippe-coutinho-barcelona-100m-offer

3. ESPN FC (2017: Barcelona say deal for Liverpool’s Coutinho should happen this week; http://www.espnfc.com/blog/transfer-talk/79/post/3173963/barcelona-say-deal-for-liverpools-coutinho-should-happen-this-week

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN