Philipp Lahm Dijangka Bersara Di Akhir Musim, Diberi Tugas Pengarah Di Bayern Munich

Philipp Lahm bersara pada akhir musim ini. Begitulah yang dikatakan oleh akhbar Jerman – Kicker.

Kapten Bayern Munich serta bekas bintang Jerman itu dijangka akan bersara pada akhir musim ini selepas musim 2016/2017 Bundesliga tamat.

Pejabat kosong

Perkara ini menjadi perbualan hangat di Jerman, mana tidaknya ia melibatkan seorang pemain Jerman yang sungguh berkaliber!

Lahm yang telah lama menabur bakti bersama Bayern Munich dijangka akan bersara dari bola sepak pada akhir musim.

Ia menyaksikan Lahm bakal mengikut jejak langkah rakan sepasukannya iaitu Xabi Alonso menggantung but pada akhir musim ini.

Perkara ini menjadi hangat selepas ruang pejabat di Bayern Munich menjadi kosong setelah sekian lama.

Ruang pejabat yang dimaksudkan adalah ruang pejabat bagi Pengarah Sukan Bayern Munich.

Jawatan yang sebelum ini dipegang oleh Matthias Sammers sudah lama tidak diisi oleh mana-mana individu.

Ia menguatkan lagi spekulasi yang Lahm akan mengisi kekosongan tersebut sebaik sahaja beliau bersara.

Mahu lanjutkan karier

Bagi Lahm sendiri, beliau sendiri mengaku yang beliau mahu melanjutkan karier bola sepaknya ke tahap yang lebih tinggi.

Maksudnya di sini, beliau bukan sahaja mahu menjadi pemain. Tetapi mahu menjadi jurulatih dalam bola sepak selepas karier beliau berakhir.

Perbincangan antara Lahm dengan pihak kelab sudah dijalankan. Walaupun kontraknya akan berakhir pada 2018, namun nampaknya kontrak itu akan berakhir pada musim ini bagi memberikan laluan kepada Lahm untuk sertai barisan pentadbir kelab.

Jika perkara ini benar terjadi, selamat bersara buat Philipp Lahm dan semoga berjaya dengan tugas baharu!

Baca juga: Hernanes Sertai Hebei CF Dari Juventu, Tolak Tawaran Celtic

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN