Phil Jones Kembali Perkuat Man Utd Selepas Hilang 707 Hari

Phil Jones kembali beraksi untuk Manchester United. Bek tengah berusia 29 tahun itu kembali bermain perlawanan pertamanya selepas dua tahun apabila disenaraikan untuk membarisi kesebelasan utama Manchester United yang tewas 0-1 kepada Wolverthampton Wanderers pada malam tadi.

Untuk rekod kali terakhir Jones beraksi untuk Manchester United adalah ketika pasukan itu membelasah Tranmere Rovers 6-0 di pusingan keempat Piala FA musim 2019/20.

707 hari terasing

Meletakkan Jones di dalam kesebelasan utama selepas tempoh yang agak lama terasing daripada pasukan akibat kecederaan sudah pasti mencemaskan ramai penyokong The Red Devils.

Namun pengendali Manchester United, Ralf Rangnick nyata tidak mempunyai pilihan kerana hanya mempunyai Rapahel Varane sebagai satu-satunya bek tengah yang cergas di dalam pasukan.

Victor Lindelof terpaksa disisihkan kerana COVID-19. Manakala Harry Maguire dan Eric Bailly mengalami kecederaan selepas perlawanan menentang Burnley empat hari yang lalu. Situasi ini menyebabkan Rangnick terpaksa bergantung harap kepada Jones yang sudah tidak beraksi selama 707 hari bersama skuad utama.

Pilihan logik

Walaupun demikian, ini tidak bermaksud Rangnick memperjudikan nasib Manchester United. Jones sebenarnya sudah pulih dan sempat beraksi tiga perlawanan bersama skuad simpanan pasukan itu pada September dan Oktober.

Pemain itu juga turut tersenarai sebanyak lima kali di bangku pemain simpanan pasukan utama sejak November, namun tidak digunakan.

“Saya sempat menilai Phil Jones selama empat minggu terakhir, dan beliau sentiasa bersikap profesional, sentiasa mahu terlibat dengan pasukan. Apabila anda hilang khdimat tiga bek tengah pada satu masa, ia [menurunkan Jones] merupakan pilihan logik,” ujar Rangnick kepada BBC.

“Harry Maguire mengalami kecederaan menentang Burnley. Sejak kelmarin, kami tahu ada tiga bek tengah yang terpaksa disisihkan,” kata Rangnick.

Jones beraksi selama 90 menit. Penampilannya dianggap bagus di barisah pertahanan Manchester United – menghasilkan tiga tackle, dua clearance, dua pintasan, dan satu perebutan bola di udara.

Pemain ini turut melengkapkan 90% hantaran sepanjang perlawanan, menjadikan beliau sebagai pemain Manchester United paling positif walaupun kalah perlawanan tersebut.

Malang sekali Phil Jones turut dipersalahkan kerana membenarkan Wolves menghasilkan gol kemenangan pada minit ke-82 perlawanan. Pemain itu pada mulanya berjaya mengeluarkan hantaran lintang oleh Adama Traore dari zon bahaya.

Joao Moutinho bagaimanapun berjaya menyambar second ball hasil clearance Jones, dan meledak jaringan yang menewaskan David de Gea sekaligus menyebabkan Manchester United tewas 0-1 kepada Wolves di Old Trafford.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN