PGMOL Wajib Menghukum Pengadil Yang Mengadili Aksi Liverpool Bertemu Arsenal

PGMOL (Professional Game Match Officials Ltd) digesa untuk menyiasat pengadil yang mengadili aksi perlawanan antara Liverpool dan Arsenal di Anfield malam semalam.

Arsenal berkunjung ke Anfield untuk aksi bertemu Liverpool dalam saingan Premier League malam semalam, dengan skuad kendalian Mikel Arteta itu turun dengan misi mencari tiga mata penuh untuk memperkukuh kedudukan mereka di puncak saingan liga.

Mikel Arteta sendiri juga turut bertekad mahu menewaskan Liverpool di Anfield kerana hal itu belum pernah mampu beliau lakukan sepanjang kariernya sebagai pengurus.

Walau sudah mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0, namun Arsenal masih gagal untuk menewaskan Liverpool dan mengutip tiga mata penuh di Anfield.

Liverpool berjaya melakukan comeback pada aksi babak kedua permainan untuk mengikat Arsenal 2-2.

The Reds bahkan berpotensi untuk menang kerana mereka mempunyai banyak kesempatan emas untuk menambah jaringan termasuk satu sepakan penalti yang diambil oleh Mo Salah.

Kegagalan Mo Salah untuk menyempurnakan sepakan penalti itu menyebabkan Liverpool gagal untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan ini.

Telah berlaku beberapa aksi panas dalam perlawanan ini, namun yang paling mencuri tumpuan adalah sikap para pengadil yang mengadili perlawanan tersebut.

PGMOL wajib menghukum pengadil yang mengadili aksi Liverpool bertemu Arsenal

Peminat bengang dengan reaksi yang ditunjukkan oleh pembantu pengadil, Constantine Hatzidakis yang menyiku muka Andy Robertson ketika rehat separuh masa.

Robertson dilihat cuba menunjukkan rasa tidak puas hati beliau terhadap mutu pengadilan Hatzidakis sepanjang 45 minit pertama permainan.

Namun reaksi yang ditunjukkan oleh Hatzidakis tersangatlah tidak matang dan tak profesional dengan beliau dilihat menyiku muka Robertson yang sedang berjalan melepasinya.

Apa yang lebih teruk lagi, pengadil perlawanan, Paul Tierney memilih untuk melayangkan kad kuning kepada Robertson walau bintang Liverpool itu yang disakiti.

PGMOL turut mengeluarkan kenyataan yang mereka akan menyiasat insiden tersebut namun sehingga kini tiada perkembangan terbaru dari mereka.

Peminat menggesa agar Hatzidakis dikenakan hukuman yang berat atas tindakan beliau itu kerana ia tersangatlah tidak wajar untuk dilakukan.

Jika Mitrovic boleh dikenakan hukuman berat kerana menyentuh pengadil, mengapa tidak Hatzidakis turut menerima hukuman yang berat atas tindakan beliau itu.

Ia juga pertama kali dalam sejarah EPL yang mana pembantu pengadil menyiku muka pemain kerana pemain itu membantah keputusan beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN