PFAM: Sikap Prihatin Bukti TMJ Komited Jaga Hak Pemain

PFAM TMJ

Persatuan Pemain Bola Sepak Malaysia (PFAM) tidak menunggu lama untuk memberikan respon mereka di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengenai isu rundingan kontrak pemain

Barisan kepimpinan PFAM yang diketuai oleh bekas pemain kebangsaan, Mohd Safee Mohd Sali melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih mereka kepada TMJ kerana sentiasa menyokong usaha memartabatkan kerjaya pemain bolasepak profesional.

Dalam kenyataannya, TMJ telah memberi peringatan kepada semua pasukan agar tidak menjadikan pandemik Covid-19 sebagai alasan untuk memotong gaji tanpa menyelesaikan gaji tertunggak pemain yang masih belum dijelaskan.

“Kenyataan dan sokongan yang diberikan oleh Tunku membuktikan keprihatinan Baginda yang selama ini sentiasa menyokong usaha memartabatkan kerjaya pemain bolasepak profesional.

“Ini juga merupakan isyarat jelas bahawa hak dan kebajikan pemain perlu dihormati terlebih dahulu sebelum apa-apa proses rundingan dilakukan,” ujar PFAM dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook rasmi persatuan itu.

PFAM juga mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT yang telah membuktikan pasukan itu sentiasa komited dalam menjaga hak pemain menerusi pematuhan kontrak serta pengurusan yang profesional.

“Sehubungan itu, kami ingin menggesa agar pasukan-pasukan yang mempunyai tunggakan, agar segera melunaskan tunggakan masing-masing, dan seterusnya menerima dua syarat yang diletakkan bagi memastikan proses rundingan bersama para pemain dapat dilaksanakan secara telus dan saksama.”

Dua syarat yang diberikan oleh PFAM adalah pasukan yang mempunyai masalah tunggakan gaji sebelum pandemik COVID-19 bermula wajib menyelesaikan tunggakan gaji terlebih dahulu, di samping rundingan dan persetujuan perlu dibuat secara individu dengan pemain, dan bukan dilakukan secara ‘pukul rata.’

Kredit Foto: PFA Malaysia

Baca juga artikel kami yang lain mengenai isu pemotongan gaji:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN