Isu tunggakan gaji pemain bukanlah sesuatu yang asing buat arena bola sepak negara dan ianya dilihat semakin parah sejak kebelakangan ini. Menjelang musim baru yang akan bermula tidak lama lagi, masih ada pasukan yang bermasalah dilaporkan akan terus bersaing dalam Liga Malaysia (Liga-M).
Oleh yang demikian, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) telah menggesa Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menggunakan kuasanya untuk menyekat enam pasukan yang mempunyai masalah hutang tertunggak daripada menyertai Liga-M pada musim depan.
Tanpa menyebut nama enam pasukan tersebut, berdasarkan perkembangan semasa ianya mungkin merujuk kepada PDRM FC, Melaka United, Felda United, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu FC (TFC).
TFC Perjelas Masalah Tunggakan Bayaran Pemain Akbat Hak Penyiaran Gagal Dilunas MFL – https://t.co/lXppfHFMgd pic.twitter.com/mtGnMqQve7
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 19, 2019
Saranan itu dilontarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail ketika ditemubual oleh Stadium Astro yang mahu semua pasukan itu melunaskan terlebih dahulu segala tunggakan gaji pemain sebelum dibenarkan bertanding.
Sebelum ini pasukan yang dikatakan mempunyai kewangan yang kukuh seperti TFC turut didedahkan masih belum membayar tunggakan gaji bekas pemainnya Ahmad Syamim Yahya. Selain itu, pasukan PDRM FC juga dilaporkan masih gagal melunaskan gaji pemain dan jurulatih selama empat bulan.
Penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat juga sudah beberapa kali bercakap secara terbuka dalam media mendesak bekas majikannya Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) supaya segera menyelesaikan tunggakan gajinya.
Khairul Fahmi: Ia Sudah Terlalu Lama, Harap KAFA Akan Langsaikan ‘Hutang’ Mereka – https://t.co/Ap3brCIRNJ pic.twitter.com/sCURcpxbxF
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 25, 2019
PFAM yang menerima setiap aduan daripada pemain bukan tidak pernah mengajukan masalah ini kepada pihak MFL dan FAM, namun badan induk bola sepak negara itu masih gagal mengambil tindakan drastik kepada pasukan-pasukan yang terbabit.
“Kami sedang mengumpulkan segala dokumen yang ada untuk mengkaji dan membuat aduan terhadap pasukan yang terlibat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail.
“Sekiranya gagal, kami akan membawa proses ini kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) untuk tindakan seterusnya.
CEO PFAM, @izham17 tampil pada Simposium Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFS) 2019 yang telah berlangsung semalam dengan tajuk Hak Pemain : Kontrak, Penyelesaian Pertikaian & Aktivisme.
Tahniah @negeriutd di atas inisiatif penganjuran NSFS 2019 ini! pic.twitter.com/fou9M5rLGG
— PFA Malaysia 🇲🇾 (@pfamalaysia) December 15, 2019
“Saya mengharapkan MFL dan FAM mengambil tindakan yang tegas ke atas mana-mana pasukan yang belum menyelesaikan masalah ini untuk tidak dibenarkan bermain.
“Kerana kami tidak mahu masalah ini berulang musim depan,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan yang baru dilantik ke jawatan itu menggantikan Kevin Ramalingam ketika dihubungi Stadium Astro tiada memberikan sebarang penerangan yang jelas mengenai isu tersebut.
Menurut Ghani, pelaksanaan kawalan ekonomi (ECP) yang akan bermula pada musim 2020 diharap dapat menangani masalah yang berlaku.
ECP Model La Liga Dilaksana Musim Depan, Ini Yang Anda Perlu Tahu – https://t.co/clqdxLHUyO pic.twitter.com/lVO2BRFDe6
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 18, 2019
“ECP mengawal perbelanjaan pasukan agar tidak berbelanja berlebihan daripada peringkat awal bagi mengelakkan mereka tidak dapat membayar gaji sehingga penghujung musim,” katanya.
Kredit Foto: PFAM