PFAM Jalin Kerjasama Dengan Al Ikhsan, Bakal Beri Manfaat Kepada Pemain-Pemain Professional

Al-Ikhsan Sports, penjual barangan sukan ternama di Malaysia kini sah bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM). Sebuah majlis tandatangan telah diadakan di cawangan terbaru Al-Ikhsan di Melawati Mall, Petaling Jaya pagi semalam.

Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar Al-Ikhsan, Puan Norita Md Noor dan presiden PFAM, Hairuddin Omar itu turut dihadiri oleh rakan media, para tetamu serta Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail.

Persatuan Bola Sepak Profesional Malaysia adalah sebuah persatuan yang ditubuhkan bagi memberi sokongan dan nasihat dari segi perkembangan kerjaya kepada para pemain bola sepak professional Malaysia.

Ditubuhkan pada tahun 2009, PFAM telah bergabung dengan organisasi bola sepak terkemuka dunia FIFPro sejak 2013 dan memberi fokus terhadap kebajikan pemain-pemain bola sepak profesional negara.

Kerjasama di antara dua pertubuhan yang berjaya ini adalah bertujuan untuk menunjukkan sokongan terhadapat pemain bola sepak Malaysia serta industri sukan tanah air.

Sebagai seorang usahawan yang berjaya di Malaysia, Tuan Haji Ali telah berjaya membina empayar beliau daripada hanya sebuah kedai kecil berukuran 150 kaki persegi di Holiday Plaza, Johor Bahru.

Mengulas tentang kerjasama antara Al-Ikhsan dengan PFAM, Tuan Haji Ali berkata:

“Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan PFAM. Seperti yang diketahui ramai, bola sepak adalah salah satu daripada sukan utama di negara ini.”

“Oleh itu dengan kerjasama ini, kami ingin menzahirkan sepenuh sokongan terhadap pemain-pemain bola sepak negara yang sering mengharumkan nama Malaysia dengan pencapaian-pencapaian yang mengagumkan.”

Sementara itu Presiden Persatuan Bola Sepak Profesional Malaysia, Hairuddin Omar berkata:

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Al-Ikhsan Sports kerana telah memberi peluang kepada kami untuk bekerjasama dengan sebuah syarikat yang terkemuka.”

“Kami berharap untuk bersama-sama dengan Al-Ikhsan dalam merealisasikan impian dan harapan kami buat pasukan bola sepak Malaysia.”

Kini telah memasuki tahun ke-26 sejak pertubuhannya sebagai sebuah syarikat, Al-Ikhsan telah berjaya menambat hati penggemar sukan di Malaysia dengan adanya pelbagai variasi barangan sukan yang berkualiti tinggi.

Ketika ini, Al-Ikhsan sedang berusaha untuk meningkatkan saham pasaran Al-Ikhsan bagi segmen bola sepak.

Menurut Pengurus Kanan Pemasaran Al-Ikhsan Sdn. Bhd, Ellisya Abdullah:

“Dengan kerjasama ini, kami berharap untuk membawa nama Al-Ikhsan ke peringkat yang lebih tinggi, terutamanya di kalangan peminat-peminat bola sepak di Malaysia.”

“Ini juga merupakan salah satu daripada inisiatif kami untuk memperluas pasaran kami di serata negara, dan mungkin juga ke negara-negara antarabangsa, di masa hadapan.”

Sentimen itu turut disokong oleh Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail.

“Ahli-ahli PFAM sentiasa mengalu-alukan kerjasama seperti ini, kerana ia bakal membantu persatuan ini untuk terus memberikan sokongan terhadap para pemain bola sepak Malaysia.”

Al-Ikhsan dan PFAM berharap agar kerjasama ini dapat membawa kejayaan yang lebih besar kepada kedua-dua syarikat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN