PFA Lantik Presiden Baharu, Tekad Bangunkan Semula Perlis FA

Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) mendapat sinar baru apabila – semalam – mereka melantik Presiden yang baharu.

Orang yang dimaksudkan ialah Zainuddin Osman. Beliau akan menggalas sebagai Presiden PFA untuk penggal 2019-2021. Zainuddin Osman diberikan kepercayaan itu menerusi Kongres Luar Biasa (EGM) PFA semalam.

Sebelum ini jawatan Presiden PFA ditinggalkan oleh Datul Amizal Shaifit yang meletak jawatan.

Untuk pengetahuan pembaca semuanyaBOLA, Zainuddin Osman merupakan Setiausaha Sulit kepada – bekas Presiden PFA – Datuk Seri Shahidan Kassim.

Nama Shahidan Kassim bukannya asing di bibir peminat bola sepak di Perlis.

Kredit Foto: Utusan Online

Zainuddin akan mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai PFA pada Jumaat ini. Mereka akan membincangkan pelbagai isu dalam PFA termasuk tunggakan gaji para pemain.

Dalam kenyataan beliau kepada Utusan Malaysia, Zainuddin berkata: “Kita juga akan meneliti keadaan kewangan PFA pada masa ini. Seterusnya kita akan berusaha mencari dana untuk membangunkan semula pasukan bola sepak Negeri Perlis.”

Walaubagaimanapun, beliau memberikan keutamaan kepada dokumentasi. Beliau menambah: “Kita mahu lihat dahulu dokumen yang ditinggalkan pengurusan terdahulu.”

Selepas semakan dan penelitian, Zainuddin akan bertemu dengan FAM untuk mendapatkan pandangan dan penyelesaian yang patut bagi menghidupkan semula pasukan Perlis FA.

Adakah pengurusan terbaru ini akan menghidupkan semula bola sepak Perlis seperti sebelum ini? Perlis FA yang sebelum ini dijenamakan semula sebagai Perlis Nothern Lions disingkirkan daripada Liga Perdana selepas pelbagai masalah dokumentasi serta tunggakan gaji pemain.

PNL yang awalnya dianggap sebagai pasukan pilihan mencabar kejuaraan Liga Perdana – sekaligus mara ke Liga Super 2020, ternyata terkubur di tengah jalan.

Mereka mendapatkan ramai nama besar termasuk Safee Sali dan Badhri Radzi. Namun kekangan kewangan membuatkan mereka bergelut untuk membayar gaji pemain yang tinggi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN