Kelmarin TMJ meminta ehsan FMLLP untuk memberikan 1,000 tiket tambahan kepada penyokong Kedah yang teraniaya kerana permasalahan penjualan tiket.
TMJ ternyata kesal dalam campur tangan politik dalam urusan tiket yang memberikan impak terlalu teruk kali ini.
KFA sudah memberikan penjelasan daripada 30,000 tiket, hanya 8,000 yang dijual di stadium Darulaman. Sebelum ini dilaporkan angka dijual di stadium adalah 10,000. Penjualan tiket habis kurang dalam masa sejam.
Ada penyokong Kedah yang meminta agar isu penjualan tiket ini disiasat oleh SPRM. Ramai penyokong mengeluh dengan sistem penjualan tiket di Kedah.
Semalam, tiket tambahan percuma 1,000 keping telah diedarkan kepada penyokong Kedah yang bertuah. Rata-rata penyokong Kedah berterima kasih kepada usaha TMJ yang memberikan tiket tambahan.
Pembahagian tiket ini diedarkan di Stadium Shah Alam. Mereka menghargai ketelusan dalam pembahagian tiket percuma ini. Urusan kutipan tiket adalah berjalan lancar.
Malam ini Kedah akan berhadapan dengan JDT dalam final Piala Malaysia. Ia adalah perlawanan penutup musim domestik.
Diharap isu penjualan tiket ini diuruskan dengan lebih sistematik pada masa masa akan datang termasuk di semua pasukan.
Kepada kedua-dua pasukan dan penyokong, kami ucapkan selamat maju jaya dan wujudkanlah atmosfera final yang hebat malam ini.