Petrus Shitembi Pamer Aksi Cemerlang Bantu Terengganu II Catat Kemenangan Sulung

Dalam aksi Liga Premier semalam nyata Terengganu II tidak berdepan sebarang kesukaran untuk menewaskan Perak di laman sendiri dengan tiga jaringan terhasil oleh tuan rumah di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pasukan pelawat iaitu Perak yang turun tanpa khidmat import musim ini nyata berdepan masalah untuk menyerap segala tekanan yang diberikan Terengganu terutama sekali dalam penguasaan bola di bahagian tengah selain bergantung harap dalam situasi serangan balas.

Berbanding Terengganu, aksi yang ditampilkan skuad kendalian Badrul Afzan Razali ini lebih menyakinkan terutama sekali menerusi jeneral tengah baharu mereka, Petrus Shitembi yang berjaya mengawal permainan dengan baik.

Pemain dari Namibia itu membuka akaun jaringan seawal minit ke-22 dari jarak 20 meter hasil satu rembatan deras yang hanya mampu diperhatikan sahaja oleh penjaga gol Perak, Muhammad Farhan Abdul Majid.

Perak hampir bolos sekali lagi menjelang sebelas minit kemudian apabila kesilapan pertahanan mereka yang tidak menutup ruang dengan lebih pantas hampir dimanipulasikan oleh penyerang muda negara, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar sebelum rembatan beliau dalam kotak penalti berjaya diselamatkan penjaga gol lawan yang menampan keluar.

Terengganu nyata berjaya mengeksploitasi kelemahan lawan dengan mengatur serangan demi serangan untuk menambah gol kedua perlawanan.

Perak pula terpaksa lebih banyak bertahan dan sesekali gerakan mereka yang cuba dibina sentiasa tersekat di tengah. Pasukan kendalian Yusri Che Lah ini hanya mempunyai satu peluang keemasan menerusi penyerang, Royyizat Daud, namun percubaan pemain ini berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Terengganu yang pantas membaca arah sepakan tersebut.

Dalam aksi separuh masa kedua, penyerang berbisa Terengganu iaitu Jordan Mintah berjaya menghasilkan gol kedua perlawanan selepas 12 minit wisel dibunyikan menerusi satu tandukan kencang setelah pemain import ini menerima satu hantaran yang baik daripada Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob juga berpunca daripada gerakan Petrus Shitembi.

Walaupun berkelebihan dua gol, tuan rumah nyata tidak mengendurkan sebarang asakan malah mereka meningkatkan intensiti permainan dengan mencipta pelbagai gerakan  untuk menambah gol ketiga perlawanan.

Hasilnya pada minit ke-64, pemain muda mereka iaitu Muhammad Syafik Ismail berjaya mendapatkan jaringan ketiga perlawanan setelah menerima satu umpanan cantik daripada Engku Nur Syahir untuk mengecewakan kem Perak.

Penjaga gol Terengganu nyata bertindak cemerlang untuk mencatat ‘cleansheet’ pertama beliau setelah pasukan pelawat hampir memperoleh gol tunggal mereka menerusi Muhammad Aqil Hilman Danial Roslan sebelum bola diselamatkan dengan lebih pantas oleh Syed Muhammad Nasrulhaq pada minit ke-76.

Keputusan kekal tamat dengan Terengganu II mencatat kemenangan sulung dalam aksi pertama mereka musim ini setelah sebelum itu pasukan ini terpaksa dikuarantin kerana ada beberapa pemain dan staf yang dijangkiti Covid-19.

Lebih menarik, aksi pemain tengah yang berasal dari Namibia iaitu Petrus Shitembi berjaya menyuntik sesuatu yang positif di bahagian tengah pasukan menerusi gerakan yang lincah serta bijak memperdayakan lawan dengan hantaran-hantaran yang tidak dijangka.

Ini bakal menjadi aset terbaharu buat Terengganu jika pemain ini terus mempamerkan aksi mantap untuk dibawa ke skuad utama berpasangan bersama Habib Haroon.

Pada musim lalu, Mintah antara yang mendapat peluang selain Dechi Marcel setelah kedua pemain ini menunjukkan karakteristik yang bagus untuk beraksi bersama skuad utama di Liga Super.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN