Petr Cech: Wayne Rooney Penyerang Paling Sukar Dihadapi

Petr Cech

Bekas penjaga gol Chelsea dan Arsenal, Petr Cech mendedahkan bahawa Wayne Rooney merupakan penyerang paling sukar yang pernah dihadapinya sepanjang karier sebagai pemain bola sepak profesional.

Cech yang pernah menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah dan empat kali muncul juara Liga Perdana Inggeris ketika bersama Chelsea turut melabelkan Rooney sebagai sukar dijangkakan dan juga bijak menghidu peluang.

Rooney yang merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman buat skuad kebangsaan England turut cemerlang di pentas domestik apabila meledakkan 208 jaringan dalam 491 penampilannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Jumlah jaringan tersebut meletakkannya di tempat kedua senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman bagi kempen EPL, ketinggalan 52 gol di belakang legenda England dan Newcastle United, Alan Shearer.

Bagi Cech, meskipun berhadapan dengan ramai penyerang hebat ketika beraksi, beliau melihat Rooney sebagai penyerang yang paling memberikan kesukaran buatnya.

Embed from Getty Images

”Wayne Rooney [Cech menjelaskan pemain yang sukar buatnya],” ujar Penasihat Teknikal & Prestasi Chelsea itu menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Setiap kali kami bertemu [Manchester] United, saya perlu untuk memastikan bahawa saya bersedia setiap kali dia mendapat bola, kerana dia sangat sukar dijangkakan dan sangat bijak.”

”Dia merupakan seorang yang mampu untuk mengejar lawan, boleh berlawan, berlari dan bijak dalam melepaskan rembatan.”

”Dia boleh menjaringkan gol dari garisan tengah padang, boleh melakukan percubaan dan melambungkan bola sekiranya melihat anda sudah berada terlalu tinggi [keluar dari posisi].

”Itu adalah cabaran yang saya benar-benar menikmatinya,” ujar Cech lagi.

Kredit featured image: Matthew Peters/Manchester United via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Petr Cech:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN