Petr Cech Umum Persaraan Selepas Tamat Musim Ini

Penjaga gol Arsenal, Petr Cech berkata beliau akan bersara dari bola sepak selepas tamat kempen musim ini.

Penjaga gol berusia 36 tahun itu menyertai Arsenal pada Jun 2015 dari Chelsea – kelab yang beliau beraksi bersama selama 11 tahun.

Sudah kecapi semuanya

Bercakap kepada media seperti yang dipetik dari BBC, Cech dipetik sebagai bekata: “Selepas 15 tahun di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan memenangi setiap trofi, saya merasakan setiap impian saya telah tercapai,” ujar bekas penjaga gol antarabangsa Republic Czech itu.

“Saya akan terus bekerja keras di Arsenal dan berharap akan memenangi satu lagi trofi musim ini.”

Chelsea’s Petr Cech holds the Barclays Premier League trophy (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)
Masa tepat untuk bersara

Penjaga gol tersebut juga berpendapat ini adalah masa yang paling sesuai untuk bersara selepas bergelar pemain profesional untuk 20 tahun.

“Ini adalah musim ke-20 saya bergelar pemain profesional. Ia juga bermakna sudah 20 tahun sejak saya memperolehi kontrak profesional pertama. Maka saya merasakan ini adalah masa paling sesuai untuk mengumumkan persaraan.

“Saya masih pasti apa yang akan saya lakukan selepas persaraan nanti.”

(Photo credit should read PATRIK STOLLARZ/AFP/GettyImages)
Sejarah pencapaian

Cech tiba di England apabila dibeli oleh Chelsea dari kelab Perancis, Rennes pada Julai 2004. Di Stamford Bridge, penjaga gol tersebut membantu The Blues merangkul 13 trofi – termasuk satu kejuaraan UEFA Champions League dan empat kejuaraan EPL.

Malah beliau memegang rekod tanpa dibolosi untuk Chelsea dalam 228 perlawanan, sekaligus menewaskan rekod bekas penjaga gol England, Peter Bonetti yang dilakukan di antara 1960 sehingga 1979.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN