Petr Cech membuat pendedahan apabila mengakui bahawa kelabnya, Arsenal tidak berkongsi mentaliti yang sama seperti bekas pengurusnya ketika di Chelsea, Jose Mourinho.
Arsenal bermula dengan buruk musim ini apabila hanya mencatatkan 1 kemenangan dan 2 kekalahan dalam 3 perlawanan terawal liga.
Mereka bermula dengan baik apabila kejayaan memenangi Perisai Komuniti menewaskan Chelsea dan berjaya melakukan ‘comeback’ menarik ketika menumbangkan Leicester City 3-2 di Emirates Stadium.
Episod duka skuad bimbingan Arsene Wenger itu bermula setelah tumpas 1-0 ditangan Stoke City di gelanggang lawan dan kemudian semakin teruk dipalit kekecewaan apabila dibelasah oleh Liverpool dengan keputusan 4-0 di hadapan penyokong sendiri.
Cech percaya bahawa mentaliti di Emirates sudah mulai berubah tetapi mengakui mereka tidak berkongsi keinginan sama yang dimiliki oleh Mourinho dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
‘Apabila dia (Mourinho) tiba di Chelsea dari Porto, dia membawa perkara utama iaitu dia datang dari kelab yang tidak dapat diterima olehnya untuk menamatkan saingan di tempat kedua,’ kata Cech.
”Dia membawa semangat yang sama ketika di Chelsea dan hanya memikirkan soal kemenangan, walau apa yang terjadi.”
”Dia membenci keputusan seri. Sekiranya kami kembali ke bilik persalinan dengan satu mata, kami tahu bahawa dia tidak akan berpuas hati.
“Di sisi lain, dia juga mahu dapat mengekalkan 1-0 atau mengalahkan pasukan lain dengan keputusan 5-0 sekiranya boleh. Tidak kira bagaimana cara, Mourinho mahukan keputusan (kemenangan).
”Falsafah di Arsenal adalah sangat bertentangan dengan keadaan ini. Bukan menang dengan apa jua cara tetapi kami mahu menang dengan corak permainan yang baik. Ini adalah permulaan untuk mengubah pendekatan kami.
”Ya, seperti yang dikatakan oleh Jurgen Klopp, kami hampir dengan muzik klasik. Kami bermain dengan cantik, ia adalah falsafah yang telah berakar dalam DNA Arsenal.
Arsenal belum pernah memenangi Liga Perdana Iggeris sejak kali terakhir memenanginya pada musim 2003-04 tetapi Petr Cech, yang meninggalkan Chelsea untuk menyertai Gunners dua tahun lalu, mahu memainkan peranan dalam meraih gelaran juara di utara London itu.
Dalam wawancara bersama media di Perancis, So Foot, legenda Republik Czech itu menambah: ‘Ketika saya tiba di Arsenal saya berkata kepada diri saya sendiri “Baiklah, Arsenal belum memenangi Liga Perdana selama sepuluh tahun tetapi saya ingin menjadi individu yang membantu mereka memenangi gelaran.
‘Impian saya hari ini adalah untuk memenangi banyak gelaran bersama Arsenal seperti Chelsea tetapi saya tidak fikir yang saya mempunyai sepuluh tahun lagi untuk itu.’
Sumber :
Metro UK (2017) – http://metro.co.uk/2017/09/06/petr-cech-admits-arsenal-need-to-learn-from-jose-mourinho-6908571/