Ketika kebanyakan pihak melahirkan kesedihan mereka di atas pemergian legenda bola sepak dunia Diego Maradona, bekas penjaga gol England, Peter Shilton memberikan kenyataan jujur yang mengejutkan dan pastinya tidak popular.
Shilton merupakan ‘mangsa’ kepada gol ‘tangan tuhan’ ketika Piaa Dunia 1986. Sekalipun mengakui beliau bersimpati dengan kematian Maradona, namun baginya bekas penyerang Argentina itu tiada ‘semangat kesukanan’.
Bagaimanapun pastinya beliau ada sebab yang kukuh untuk berkata demikian kerana beliau merupakan ‘mangsa’ setelah England tewas di peringkat suku akhir dengan keputusan 2-1 hasil gol daripada tangan Maradona pada 34 tahun yang lalu.
The moment Maradona (RIP) punched a great goal past the humourless, despairing right-winger, Peter Shilton. Maradona was allowed to score like this because of his lack of height. And because England is a narrow-minded cesspit of racist intolerance that everyone else hates. pic.twitter.com/pW1XaMm5dc
— V (@mockgoose) November 25, 2020
“Peristiwa tersebut menghantui saya sehingga hari ini, saya akan bercakap perkara ini dengan sejujurnya,” ujar Shilton kepada Daily Mail.
“Ada orang kata saya sepatutnya boleh menepis bola tersebut. Itu semua sampah, dia membuat larian ke arah saya, jadi saya boleh buat apa?
“Apa yang saya kecewa adalah dia tak pernah memohon maaf. Tak pernah lagi dia mengakui yang dia menipu dan mengeluarkan cuba untuk memohon ‘maaf’. Sebaliknya dia mencanang istilah ‘tangan tuhan’. Itu tidak betul.
“Memang dia pemain yang hebat, tetapi sedihnya dia tiada semangat kesukanan.”
Diego Maradona of Argentina shakes hands with Peter Shilton of England under the watching eye of referee Ali Bin Nasser (c) before the 1986 FIFA World Cup Quarter Final on 22 June 1986 at the Azteca Stadium in Mexico City, Mexico ❤️
Golden Memories #Maradona #Argentina pic.twitter.com/9mVirDoexr— Souradeep Chatterjee (@souradeeptwelve) November 26, 2020
Shilton juga mendedahkan sepanjang hidupnya beliau ada beberapa kali berjumpa dengan Maradona, tetapi beliau tidak pernah nampak bekas penyerang Napoli itu ada sebarang usaha untuk meminta maaf.
“Saya rasa hampir semua pemain England yang bermain di Mexico dalam perlawanan tersebut mempunyai perasaan yang sama dengan saya.”
Maradona mengejutkan dunia bola sepak apabila disahkan meninggal dunia pada usia 60 tahun selepas menjalani pembedahan untuk membuang darah beku di otaknya pada awal bulan ini.
Beberapa legenda dan bintang bola sepak mengambil kesempatan untuk menyatakan penghormatan terhadap bekas kapten Argentina tersebut termasuk Pele, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
Maradona sebelum telah pun diketahui mengalami masalah kesihatan dan ketagihan dadah yang serius dan telah beberapa kali keluar masuk ke hospital.
Presiden Argentina, Alberto Fernandez serta-merta mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari di seluruh negara.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Diego Maradona:
Batistuta Percaya Pencapaian Messi Tidak Akan Setaraf Kehebatan Maradona
Lagenda Bernama Maradona, Sang Penakluk Dunia Berbadan Kecil! – Bahagian 1.