Peter Schmeichel Mahu Mohon Jawatan Pengarah Sukan Man. United

Manchester United kini dalam proses mencari Pengarah Sukan yang penting dalam membantu kelab terutama sekali dalam perpindahan pemain.

Ramai penyokong Man. United hairan kenapa kelab besar seperti United tiada Pengarah Sukan seperti mana pasukan elit yang lain. Agak ironi, kerana jika perkara jadi kenyataan, Man. United bakal memiliki Pengarah Sukan selepas pemecatan Jose Mourinho.

Hal ini kerana, Jose Mourinho pernah mencadangkan jawatan tersebut kepada kelab namun awalnya ditentang. Selepas kegagalan Ed Woodward dalam mendapatkan beberapa pemain sasaran utama Mourinho, Man. United mula merasakan jawatan itu penting.

Beberapa calon sudah menghantar permohonan dan juga di dalam senarai pertimbangan untuk ditawarkan jawatan itu.

Peter Schmeichel – penjaga gol legenda Man. United – memberitahu beliau berminat dengan jawatan tersebut dan mahu memohon. Ini kerana sayang beliau kepada Man. United dan mahu menabur bakti kepada kelab tersebut.

Beliau berkata kepada BBC Radio 5: “Saya kini dalam pertimbangan untuk menghantar nama saya. Saya betul-betul serius mahu kembali dalam bola sepak sekali lagi. Saya tahu saya semakin tua, namun hidup saya telah banyak berubah selepas bersara.”

“Namun begitu, perkara paling penting adalah saya mahu membantu Manchester United mendapatkan semula tradisi dan identiti. ”

Mandatory Credit: Phil Cole /Allsport

Peter Schmeichel tahu ianya jawatan impian dan tak mudah untuk dicapai. Beliau berharap dirinya cukup kualiti diperlukan untuk mengisi jawatan itu. Namun beliau menyatakan ada malam Krismas yang panjang untuk memikirkannya.

Dan jika jawatan itu dapat kepada calon lain, beliau berharap calon itu haruslah ada mentaliti seperti Alex Ferguson. Oleh itu, bekas pemain Man. United era Sir Alex Ferguson adalah calon terbaik – menurut beliau.

“Saya mahu mana-mana calon yang mengisi jawatan itu – seorang yang pernah bermain di kelab ini, dan boleh membawa mentaliti Alex Ferguson kembali ke dalam kelab ini secara keseluruhannya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN