Peter De Roo : “Bola Sepak Malaysia Memerlukan Perubahan Mulai Sekarang”

Pengarah Teknikal FAM, Peter de Roo menyifatkan  beberapa perubahan besar dalam bola sepak Malaysia mesti dilakukan mulai sekarang. Beliau berkata demikian melalui laman facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Bagi mencapai kejayaan berdasarkan visi dan reka bentuk lebih daripada nasib, beberapa perubahan besar perlu dilakukan dalam bola sepak Malaysia.

“Tidak semua orang sukakan perubahan. Perubahan membuatkan kita berasa tidak selesa dan secara semulajadinya kita tidak mahu menjadi tidak selesa. Kita mahu kekal di mana kita berada dan menjaga apa yang kita ada.

“Perubahan juga sering bermaksud kehilangan muka bagi sesetengah orang atau orang itu takut mereka mungkin kehilangan kawalan.

Ia sudah tentu bermakna lebih banyak kerja untuk kita semua. Secara semulajadinya, inilah perkara-perkara yang kita takutkan,” katanya.

Peter juga mahu perubahan yang dilakukan perlu bermula dari dalam sebuah organisasi.

“Sebab itulah perubahan sentiasa harus dimulakan daripada pihak tertinggi dalam organisasi dan ia sudah tentu sebab utama mengapa saya membuat keputusan untuk menerima jawatan sebagai Pengarah Teknikal FAM beberapa bulan yang lalu.

“Selepas pertemuan dengan Presiden FAM, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor pada awal tahun ini, saya mendapati baginda memiliki visi, wibawa, keazaman dan keberanian yang diperlukan untuk memacu proses perubahan ini dengan jayanya.

“Saya berkata kepada diri sendiri, jika ada peluang untuk membina masa depan yang cerah untuk bola sepak di negara ini, ia adalah sekarang,” tegasnya seperti yang dipetik dalam kenyataan rasmi itu.

Selain itu, Peter juga menjelaskan semua kejayaan akan mengambil masa yang panjang untuk mencapainya iaitu sekurang-kurangnya 10 tahun.

“Ia memang akan mengambil masa. Negara-negara yang mencapai kejayaan dari segi keputusan kebelakangan ini dan membangunkan pemain-pemain terkemuka seperti Jerman dan Belgium misalnya, telah mula membuat perubahan dasar sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum itu.

“Negara-negara ini sudah mempunyai infrastruktur dan jurulatih, mereka hanya melaksanakan keseragaman di seluruh negara cara bermain dan membangunkan pemain-pemain muda. Kita perlu melakukan lebih daripada itu,” jelasnya.

“Saya rasa adalah penting bahawa sebelum kita mula menilai dan mengkritik seseorang, kita menyedarinya.

“Ia pasti akan menjadi satu peluang besar yang dilepaskan oleh bola sepak di negara ini, jika seseorang individu yang mampu memacu perubahan dasar dan diperlukan ini dari bahagian teratas, memilih untuk menjauhkan diri daripada melakukannya sekarang.

“Meninggalkan jawatan yang sudah pun mengambil banyak keberanian pada permulaannya, ia pasti lebih mudah untuk berada di Johor dan berkhidmat dengan rakyat yang menyukai baginda,” katanya.

Beliau juga meminta penyokong agar tidak menilai prestasi individu berdasarkan emosi semata-semata.

“Khususnya dalam bolasepak, kita cenderung untuk membuat penilaian berdasarkan emosi, namun banyak keputusan dalam hidup yang dibuat berdasarkan emosi sering dikesali di kemudian hari.

“Marilah kita semua menilai dengan lebih rasional supaya kita tidak akan menyesal dalam masa terdekat yang kita telah pun melepaskan kesempatan yang jarang diperoleh ini untuk mula membina ke arah masa depan cerah untuk bola sepak Malaysia,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN