Peter Crouch Yakin Hanya Diego Costa Yang Mampu Memperkuatkan Semula Jentera Serangan Chelsea

Bekas penyerang Liverpool dan England, Peter Crouch berpendapat, Chelsea seharusnya mengembalikan semula bekas penggempur mereka, Diego Costa untuk menyelesaikan segala permasalahan dibahagian serangan pasukan itu.

Menurut Crouch, hanya penyerang seperti Costa sahaja yang mampu mengembalikan semula ketajaman dibahagian serangan Chelsea.

Costa menyertai Chelsea pada musim panas 2014 dan menandatangani kontrak lima tahun dengan nilai STG32 juta (RM203.84 juta).

Namun selepas tiga tahun, Costa kemudiannya memilih untuk keluar dari Stamford Bridge selepas pengurus Chelsea ketika itu – Antonio Conte menyatakan beliau tidak lagi berada dalam perancangan pasukan itu bagi musim hadapan.

Costa akhirnya mengesahkan perpindahannya ke kelab lamanya, Atletico Madrid pada September 2018 dengan media Sepanyol melaporkan ia menelan belanja sebanyak 60 juta Euro (RM 292.3 juta).

Hanya Diego Costa

Sejak kehilangan Costa, Chelsea sehingga kini masih bergelut dibahagian serangan walaupun sudah memiliki dua penyerang – Alvaro Morata dan Olivier Giroud.

Dalam beberapa bulan terakhir ini, Chelsea terus dikaitkan dengan beberapa nama besar seperti Karim Benzema dan Gonzalo Higuain.

Namun bagi Crouch, beliau hanya memilih Costa sebagai calon terbaik untuk bersama skuad Maurizio Sarri.

LONDON, ENGLAND – MAY 27: Diego Costa of Chelsea celebrates after scoring a goal to make it 1-1 during the Emirates FA Cup Final match between Arsenal and Chelsea at Wembley Stadium on May 27, 2017 in London, England. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Menerusi Dailymail, Crouch yakin jika Chelsea berjaya memujuk Costa kembali ke Stamford Bridge, kelab itu akan berjaya mengatasi segala permasalah musim ini.

“Diego Costa pasti akan mengubah nasib Chelsea, dan jika segala keputusan terletak kepada saya, pasti saya akan berusaha membawanya kembali,” kata Crouch.

“Anda boleh bercakap tentang Gonzalo Higuain atau Karim Benzema, tetapi saya fikir, Costa akan menjadi individu yang akan membawa Chelsea kembali kedudukan sebenar.”

Costa lawan sukar

Crouch turut menceritakan rakan sepasukannya di Stoke City iaitu, Ryan Shawcross pernah berkongsi pengalaman saat berdepan Costa satu ketika dahulu.

“Ryan Shawcross, rakan sepasukan saya di Stoke, beliau pernah berkata bahawa dia suka berdepan Costa kerana sejak minit pertama perlawanan ianya akan menjadi pertarungan yang hebat.”

STOKE ON TRENT, ENGLAND – MARCH 18: Ryan Shawcross of Stoke City is tackled by Diego Costa of Chelsea during the Premier League match between Stoke City and Chelsea at Bet365 Stadium on March 18, 2017 in Stoke on Trent, England. (Photo by Tony Marshall/Getty Images)

“Shawcross terpaksa mencapai ‘limit’ fizikalnya. Costa akan memberi tentangan, dan dia juga terpaksa membalasnya,” tambah Crouch.

Crouch turut mengakui kehebatan Crouch ketika Chelsea dibimbing oleh Jose Mourinho.

“Costa juga boleh mencetak gol, ketika Chelsea meraih gelaran EPL pada musim 2015 bersama Jose Mourinho. Pada ketika itu, Costa sudah sangat kuat.”


“Dia menjadi lebih baik di tahun 2017  apabila Conte membawa kejuaraan kembali. Andai dia bersama Sarri di 2019, apa yang akan terjadi nanti ?.” 

Sejak menyertai Chelsea pada tahun 2014, Costa telah membuat 120 penampilan dengan meledak sebanyak 58 gol dan 24 bantuan gol berjaya dicatatkan. Costa juga dinobatkan sebagai penjaring terbanyak pasukan itu untuk tiga musim berturut-turut.

Dalam tempoh tersebut juga, Costa telah berjaya membantu pasukan meraih dua gelaran EPL pada tahun 2015 dan 2017, serta menjuarai Piala Liga tahun 2015.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN