Selepas mengalami kekalahan kepada Crystal Palace 2-1 pada awal pagi tadi, gosip sedang bertiup kencang di kem Manchester City bahawa Manuel Pellegrini mahu membawa masuk pemain baru. Sebelum kita bercerita lebih lanjut, apa kata anda tonton terlebih dahulu sorotan (highlight) perlawanan di antara Crystal Palace dan Manchester City.
Kekalahan Manchester City ini nampaknya memberikan kedudukan yang selesa untuk pendahulu liga, Chelsea dan memberikan harapan baru kepada pasukan Arsenal dan Manchester United yang berjaya memintas kedudukan Manchester City.
Berbalik pada cerita asal, sumber dari Daily Express mengatakan bahawa Manuel Pellegrini berhasrat untuk membawa pemain yang bersaiz besar dan mahu pemain itu berbangsa Inggeris. Berita ini telah di tweet oleh Transfer News Live. Tweetnya seperti dibawah:
Man City boss Manuel Pellegrini says the club will invest in a “big player” this summer – & want him to be English. (Source: Daily Express) — Transfer News Live (@DeadlineDayLive) April 6, 2015
Reply dari Peter Crouch ini yang paling WIN!!!
“@DeadlineDayLive: City boss Pellegrini says the club will invest in a “big player” in summer – & want him to be English”-I’m happy at scfc
— Peter Crouch (@petercrouch) April 6, 2015
Baca juga: Peter Crouch Sedih Tidak Masuk Dalam Senarai Ballon d’Or, Jadi Stoke City Cuba Memujuknya
Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.