Pestabola Merdeka: Malaysia Cemerlang Atasi Filipina Untuk Ke Final

Malaysia secara rasminya berjaya melangkah ke pentas akhir Pestabola Merdeka 2024 untuk membuat perhitungan bersama Lubnan setelah skuad kendalian Pau Marti Vicente cemerlang mengetepikan cabaran Filipina hasil keputusan penuh 2-1.

Beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), dua jaringan Malaysia terhasil menerusi Syamer Kutty Abba serta pemain gantian Harimau Malaya, Safawi Rasid.

Filipina hampir membuka jaringan awal mereka sebaik wisel bermula menerusi Dylan Sylvaan yang melepaskan satu percubaan tepat sebelum diselamatkan Syihan Hazmi hasil kesilapan pertahanan tuan rumah yang tampil sedikit leka untuk menghentikan momentum lawan.

Awal lima minit permainan ini jelas Malaysia belum menyesuaikan diri dengan baik dalam perlawanan apabila lawan tampil lebih mendominasi serangan serta kawasan tengah padang.

Harimau Malaya hampir memperoleh jaringan sulung perlawanan pada minit ke-7 menerusi Daniel Ting selepas beliau mendapat satu umpanan cantik daripada Arif Aiman sebelum bola sedikit tersasar keluar dan menyelamatkan seketika gawang gol Filipina.

Memasuki 15 minit permainan, aksi ditampilkan kedua pasukan sedikit perlahan tanpa sebarang ancaman-ancaman berbahaya dengan bola lebih banyak berlegar di tengah padang.

Beberapa kekasaran pelawat menyaksikan dua layangan kad kuning sudah pun dikeluarkan oleh pengadil selain beberapa pertengkaran kecil berlaku membabitkan sesama pemain sebelum ditenangkan semula.

Sepakan percuma dari luar kotak penalti diberikan kepada skuad kebangsaan setelah ada kekasaran dibuat oleh pertahanan Filipina pada minit ke-25 sebelum pemain naturalisasi dari Brazil iaitu Paulo Josue mensia-siakannya.

Filipina terlebih dahulu memperoleh gol sulung mereka pada minit ke-27 selepas kekalutan di hadapan gawang gol Harimau Malaya dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Jefersson David Tabinas yang melepaskan suatu rembatan dan terbias kepada Feroz, sekali gus mengelirukan Syihan Hazmi.

Syamer Kutty akhirnya tampil kembali menyamakan kedudukan buat Malaysia pada minit ke-42, apabila rembatan deras beliau dari luar kotak penalti berjaya menewaskan Neil Etheridge.

Bersambung di separuh masa kedua, Malaysia dilihat cuba untuk memburu gol pendahuluan secepat mungkin dengan beberapa gerakan dicipta untuk mengatasi pelawat.

Kemasukan Safawi Rasid serta Endrick dos Santos menjadi isyarat penting daripada Pau Marti yang ingin terus mempertajamkan posisi serangan negara yang sebelum itu tampil sedikit lesu.

Kekasaran daripada pelawat ke atas Arif Aiman pada minit ke-71 memberi peluang sepakan penalti buat Malaysia untuk menambah gol kedua mereka pada aksi tersebut.

Hasilnya, Safawi Rasid mudah menyempurnakan sepakan tersebut, sekali gus meletakkan Malaysia buat pertama kali di hadapan untuk mencerahkan peluang mereka ke pentas akhir.

Keputusan kekal tamat dengan Pau Marti Vicente berjaya memulakan langkah kanan beliau selaku jurulatih utama negara bersama kemenangan di halaman sendiri dan melangkah ke final untuk berdepan Lubnan.

Kesebelasan Utama

Malaysia: Ahmad Syihan Hazmi (Penjaga Gol), Matthew Thomas Davies, Daniel Sang Ting, Arif Aiman Bin Mohd Hanapi, Mohd Afiq Bin Fazail, Mohammad Syamer Bin Kutty Abba, Sturmer dos Reis Paulo Josue, Muhamad Feroz Bin Baharudin, Muhammad Akhyar Bin Abdul Rashid, Dion Johan Chai Cools (Kapten), Romel Oswaldo Morales Ramirez

Filipina: Neil Leonard Etheridge (Kapten) (Penjaga Gol), Paul Bismarck Tabinas, Jefferson David Tabinas, Michael Robert Baldisimo, Dylan Sylvaan Demuynck, Jesper Gunnar Nyholm, Amani Aguinaldo, Alex James Monis, Mikel Justin Baas, Patrick Alcala Reichelt, Bjorn Kristensen

Sumber:
Kredit foto: Shah Amirul Semuanya BOLA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN