Pestabola Merdeka Akan Dianjurkan Mengikut Kalendar FIFA

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan perancangan untuk menganjurkan Pestabola Merdeka pada bulan Mac tahun depan adalah mengikut kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Setiausaha agung FAM, Stuart Ramalingam berkata kepada Berita Harian, penyusunan jadual pertandingan mengikut kalendar FIFA tersebut supaya pasukan Liga Malaysia dapat melepaskan pemain mereka ke skuad kebangsaan.

“Kami merancang untuk melangsungkannya pada Mac kerana ketika itu (18-26 Mac) adalah kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), mungkin itu waktu terbaik untuk memanggil pemain kerana mereka ada tanggungjawab bersama pasukan masing-masing pada bulan Januari,” katanya.

Pestabola Merdeka
Majlis Pelancaran Pestabola Merdeka pada tahun 2013. FOTO: Shekhinah PR

Kalendar pertandingan Liga Malaysia yang dikeluarkan oleh Malaysia Football League (MFL) menyatakan saingan Pestabola Merdeka akan bermula dari 26 hingga 31 Januari ini. Namun, Stuart menjelaskan ia adalah cadangan awal antara pihaknya dengan MFL iaitu kira-kira sebulan lalu iaitu sebelum aksi Piala AFF 2018.

“Ya, MFL selari dengan kami dan kami sudah membincangkan mengenai kalendar pertandingan sejak enam bulan lalu namun perbincangan terakhir berlangsung bulan lalu.

“Pestabola Merdeka sememangnya ada dalam perancangan kami dan keputusan hanya dibuat selepas melihat perkembangan skuad negara dalam Piala AFF 2018. Apapun, tiada makluman rasmi mengenai perkara ini.

“Pada awalnya, pertandingan itu akan diadakan pada Januari namun dengan Piala AFF 2018, menghimpunkan pemain negara selama lebih 50 hari dan mengadakan pertandingan pada bulan Januari mungkin agak sukar,” jelasnya.

Malaysia berentap dengan Myanmar pada perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2013 di Stadium Darul Makmur, Kuantan

Pestabola Merdeka merupakan sebuah kejohanan bola sepak tahunan yang diadakan dengan tujuan untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia. Kejohanan ini telah bermula sejak tahun 1957 dan merupakan kejohanan bola sepak jemputan yang tertua di Asia.

Semasa 1950-an dan awal 1980-an, ia merupakan satu kejohanan berprestij di kalangan negara-negara Asia kerana para peserta menghantar pemain skuad utama mereka. Namun selepas tahun 1980-an, ianya kekurangan minat kerana banyak negara Asia lebih memberi tumpuan kepada fasa kelayakan dalam Piala Asia.

Malaysia memenangi pertandingan itu sebanyak lapan kali selain bergelar naib juara dalam lapan edisi sementara Korea Selatan menjadi pasukan kedua terbaik dengan lima gelaran.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN