Pestabola Merdeka 2024: 3 Pemain Negara Tampil ‘Lemau’ Ketika Hadapi Filipina

Malaysia kini secara rasminya telah pun melayakkan diri ke pentas akhir Pestabola Merdeka 2024, selepas kejayaan mereka mengetepikan cabaran Filipina hasil keputusan 2-1.

Beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), skuad kendalian Pau Marti Vicente jelas masih berada dalam fasa penyesuaian diri dengan kebanyakan pemain mengambil sedikit masa untuk tampil selesa mengawal bola.

Ianya jelas sesuatu yang sedikit sukar untuk diterima segelintir peminat, selepas mereka sebelum ini dihidangkan aksi serangan pantas Harimau Malaya bawah kendalian Kim Pan-gon di pentas antarabangsa.

Di sebalik beberapa masalah dihadapi Malaysia, Pau Marti tetap menghadiahkan keputusan positif buat para penyokong setia mereka menerusi kemenangan serta melayakkan diri ke pentas akhir.

Sepanjang aksi tersebut berlangsung, kami melihat beberapa pemain Harimau Malaya tampil sedikit mengecewakan daripada segi prestasi mereka di atas padang untuk memberi impak kepada pasukan.

Berikut merupakan tiga pemain kebangsaan yang kami anggap mereka perlu perbaiki daripada segi prestasi semasa supaya mampu memberi kesan positif kepada Malaysia di pentas akhir.

Paulo Josue

Pemain naturalisasi dari Brazil ini antara paling diharapkan mampu untuk memberi impak besar kepada siri serangan negara jika dilihat pada kemampuan serta rekod lalu beliau bersama Malaysia.

Namun sebaliknya berlaku, dengan Josue gagal untuk menyerlahkan sisi kreativiti beliau mencipta hantaran-hantaran berkualiti kepada rakan serangan selain dirinya sedikit terbatas akibat dibayangi pertahanan lawan.

Paling mengecewakan sudah tentu daripada segi kualiti penyudah beliau di hadapan gawang gol dengan dua sepakan percuma diambil Josue gagal menepati sasaran selain dirinya sedikit tergopoh gapah di dalam petak penalti.

Romel Morales

Dimana silapnya, apabila Morales lebih banyak tersisih di atas padang tanpa memberikan sebarang impak buat ketajaman sisi serangan utama Harimau Malaya.

Selain gagal mencipta sebarang peluang berbahaya ke arah gawang gol, mobiliti Morales juga sangat terbatas sehingga setiap gerakan cuba dilakukan beliau mudah dibaca lawan.

Morales juga tidak menggunakan kelebihan fizikal beliau sepenuhnya dan dirinya jelas perlu memperbaiki banyak perkara jika ingin terus tersenarai dalam kesebelasan utama.

Akhyar Rashid

Pemain sayap serangan ini gagal untuk memberi sesuatu lebih baik daripada segi ancaman ke arah kawasan pertahanan lawan walaupun memiliki beberapa peluang terbaik.

Walaupun beberapa kali Akhyar cuba menampilkan kelincahannya untuk mengatasi lawan, impak diberikan beliau dianggap masih perlu diperbaiki terutama daripada segi sentuhan akhir serta kreativiti hantaran.

Kelemahan Akhyar ketika aksi ini memberi risiko untuk beliau digantikan pada perlawanan akhir dengan Adib Ra’op antara calon sesuai bagi mengisi kekosongan sayap kiri Malaysia.

Bagaimana pula pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN