Pesanan Azizulhasni Buat Fatehah Mustapa Yang Mengumumkan Persaraan

Azizulhasni Fatehah Mustapa

Pengumuman mengenai persaraan ratu berbasikal trek negara, Fatehah Mustapa pada Sabtu ternyata merupakan satu berita yang amat menyedihkan buat peminat sukan negara ini.

Sudah tentu ianya satu kehilangan besar buat arena sukan berbasikal selepas beliau berjaya menyumbang pelbagai kejayaan buat negara termasuk dua pingat emas Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC), tiga pingat emas Sukan SEA serta pingat perak Sukan Asia.

Dalam ucapannya, Fatehah melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah banyak meyokongnya sepanjang 17 tahun beliau berkecimpung dalam bidang sukan berbasikal.

https://www.instagram.com/p/Bcv3MXdFwRv/?utm_source=ig_web_copy_link

“Assalamualaikum, buat semua, pertamanya saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada anda penyokong dari Malaysia di atas sokongan berterusan di sepanjang perjalanan kerjaya saya. 

“Saya mengambil keputusan bersara sebagai seorang pelumba basikal selepas berkecimpung selama 17 tahun di dalam sukan ini  ” katanya dalam akaun Instagram.

Atlit berusia 31 tahun itu juga turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan penaja-penaja seperti CIMB, Sime Darby, AirAsia, Tumi, Nike dan Oakley. Beliau turut berbesar hati dapat beraksi di pentas Sukan Olimpik dan menjadi pembawa bendera sewaktu Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland.

“Dan satu-satunya insan [John Beasley] yang ‘membesarkan’ saya sepanjang tempoh 11 tahun ini, beliau bukan sahaja seorang jurulatih, tetapi juga seorang bapa yang selalu ada di sisi anaknya semasa susah dan juga sewaktu mencapai kejayaan. Terima kasih di atas semua pengorbanan anda untuk saya.”

https://www.instagram.com/p/BhVImHelhBD/?utm_source=ig_web_copy_link

Turut berkongsi perasaan sedih adalah jaguh berbasikal, Azizulhasni Awang yang memberikan ucapannya di dalam media sosial.

Beliau mengimbas kembali kenangan bersama Fatehah ketika dihantar oleh MSN untuk menjalani latihan di Melbourne pada 2007 bersama jurulatih John Beasley dan menjadi saksi kegigihan Fatehah dalam menaikkan nama negara.

“Saya nak semua orang tahu, ini bukanlah satu keputusan yang mudah untuk Fatehah. Bayangkan sebagai seorang atlit elit, beliau dah meluangkan hampir sebahagian besar daripada kehidupannya untuk sukan ini.

“Jalani latihan sepanjang hari pagi dan petang, kena berdepan dengan kecederaan, tinggalkan keluarga, rakan-rakan dan kehidupan biasa seperti mana yang orang lain lalui.

“Kami atlit elit ini lalui kehidupan yang amat berbeza. Untuk menghadapi fasa persaraan ini, mereka perlu menghadapi transisi untuk kehidupan biasa. Namun bukan semua boleh berjaya.

https://www.instagram.com/p/BHjehbdAiV_/?utm_source=ig_web_copy_link

“Telah banyak kajian yang menunjukkan peratusan atlit elit [yang bersara] berakhir dengan tekanan perasaan, bunuh diri, jadi gelandangan dan sebagainya.

“Dengan itu saya berharap dan menyeru kepada pihak berwajib di luar sana agar tampil memberi bantuan kepada beliau. Saya percaya dalam masa sekarang ini, perkara pertama yang Fatehah perlukan adalah pekerjaan bagi meneruskan kehidupan seharian.

“Pesanan saya untuk Teha, saya, John [Beasley] dan seluruh pasukan berbasikal trek, kita adalah keluarga dan kita akan sentiasa menjadi keluarga. Kalau ada masalah atau perlukan apa-apa bantuan, hubungi sahaja kami. Insya Allah kami akan bantu ada semampu yang boleh.

https://www.instagram.com/p/BWPE7BDlPxv/?utm_source=ig_web_copy_link

“Pesanan untuk rakan-rakan atlit dan mereka di luar sana, ingatlah sepotong ayat [Surah Ali Imrah 3:54], Kita merancang, Allah juga merancang. Tapi ketahuilah bahawa Allah itu sebaik-baik perancang.” kata Azizul mengakhiri ucapannya.

Kami dari pihak Semuanya BOLA juga dengan ini mahu mengucapkan terima kasih tidak terhingga buat Fatehah di atas segala jasa dan sumbangan untuk memartabatkan sukan ini sehingga berjaya membawa nama Malaysia di pentas dunia dalam sukan berbasikal.

Selamat bersara!

Kredit Foto: Instagram Fatehah Mustapa

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN