PES 2017 Versi Demo Telah Dilancarkan, Ini Cara Untuk Anda Mendapatkannya

Adakah anda masih menunggu untuk ketibaan PES 2017? Kini anda sudah bola mula memuat turun versi demo PES 2017 secara percuma!

Baru-baru ini, KONAMI telah melancarkan PES 2017 versi demo khusus untuk konsol Playstation 3, Playstation 4, Xbox 360 dan Xbox One.

Harap maaf peminat-peminat PC, tiada lagi demo untuk anda.

Versi demo ini adalah gambaran awal kepada peminat-peminat PES 2017 kerana anda kini mampu merasai pembaharuan yang telah diterapkan oleh KONAMI. Pemain boleh merasai sendiri ciri-ciri baru yang ditambahkan kedalam PES 2017 seperti Real Touch dan Precise Pass!

9 pasukan untuk dicuba

pes17 demo team

Terdapat 9 pasukan yang boleh anda gunakan dalam versi demo ini. Ia meliputi 7 pasukan kelab dan 2 buah negara. Senarai pasukan yang boleh anda gunakan adalah seperti berikut:

  • FC Barcelona
  • Arsenal FC
  • Club Atletico de Madrid
  • Ca Boca Junions
  • Ca River Plate
  • SC Corinthians Paulista
  • CR Flamengo
  • Jerman
  • Perancis

Selain itu, PES 2017 versi demo juga membenarkan anda menggunakan 2 stadium berbeza iaitu Neu Sonne Arena dan semestinya stadium hak eksklusif PES, Nou Camp.

Ada pemain FIFA 17 tak masuk PES 2017?

fifa-17-frostbite

Menurut laman web rasmi PES, senarai pemain di semua pasukan dalam PES 2017 versi demo ini adalah berdasarkan kepada senarai pemain kelab pada bulan Mei tahun 2016.

Terdapat juga khabar angin yang mengatakan sesetengah pemain memang takkan disertakan dalam permainan PES 2017 versi penuh kerana masalah perlesenan.

Adakah ini bermakna pemain yang menjadi duta FIFA 17 seperti James Rodriguez, Anthony Martial, Marco Reus dan Eden Hazard takkan berada dalam PES 2017?

Anda mungkin tak perlu terlalu risau kerana anda boleh untuk menyelesaikan hal tersebut menggunakan patch.

Saingan Dari FIFA 17

EA-Sports-FIFA-17-Release-Update-Bayern-Munich-534519

Menurut laman web PlayStation Universe, demo untuk permainan FIFA 17 bakal terbit pada minggu pertama bulan September.

FIFA 17 dikatakan bakal memuatkan pasukan-pasukan berprestij tinggi dalam versi demo mereka termasuklah pasukan Real Madrid, Manchester United, Chelsea dan Bayern Munich.

Stadium yang bakal dimuatkan dalam versi demo untuk FIFA 17 adalah Centurylink Field dan laman Chelsea FC, Stamford Bridge.

Mulakan muat turun anda!

pesdemo

Anda boleh mula memuat turun PES 2017 versi demo di pautan ini (klik pada pautan) untuk PS4 (3.1 GB), PS3 (1.5 GB), Xbox One (3.3 GB) dan Xbox 360 (1.6GB).

Anda juga memuat turun permainan ini secara lebih terus dari Playstation Store dan Xbox Marketplace di konsol anda.

Versi penuh PES 2017 bakal dilancarkan pada 13 September 2016, manakala FIFA 17 bakal dilancarkan 2 minggu selepas itu, tanggal 27 September 2017.

Baca juga: PES 2017 Dapat Hak Eksklusif Barcelona, FIFA 17 Tak Dapat Guna Nama ‘Nou Camp’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN