PES2019 Dijual Bermula 30 Ogos Ini, Konami Tampil Pek Edisi Khas David Beckham

Mampukah Pro Evolution Soccer (PES) berjaya pada edisi 2019?

Konami baru-baru ini telah mengumumkan mengenai tarikh untuk siri PES2019 yang akan mula dijual seawal akhir bulan Ogos.

Tarikh jualan yang sememangnya awal ini akan mula dijual pada 28 Ogos 2018 untuk pasaran Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Namun untuk pasaran Eropah dan seluruh dunia akan dijual bermula pada 30 Ogos 2018.

Apa ciri baharu?

Dalam pengumuman yang diumumkan oleh pihak Konami, PES2019 bakal hadir dengan beberapa ciri baharu untuk permainan tersebut.

Antaranya adalah PES2019 akan hadir dengan 3 versi pek iaitu:

  • Pek standard
  • Pek khas David Beckham
  • Pek legenda

Apa yang menarik bagi mereka yang melakukan pra-tempah untuk mana-mana pek PES2019, mereka berpeluang untuk mendapatkan David Beckham secara pinjaman atau tetap untuk siri MyClub!

Lebih menarik, wajah Beckham dalam PES2019 merupakan wajah terkini beliau yang menggunakan teknik imbasan di muka (face scan).

Selain dari itu terdapat beberapa perubahan seperti perubahan pada siri Master League.

Siri tersebut dikenali sebagai ML Real Season yang menyaksikan pasukan diberi peluang untuk menyertai kejohanan pra-musim seperti International Champions Cup.

Selain itu, siri perpindahan juga telah dibaiki dengan klausa juga boleh diletak seperti klausa clean sheet kepada pemain pertahanan dan juga penjaga gol.

Selain itu, pembahanan yang cukup lama diminta oleh peminat PES akhirnya bakal tiba di PES2019 iaitu cuaca salji akan ditambah dalam permainan tersebut!

Siri MyClub juga akan diperbaharui, Konami bakal mengambil pendekatan sistem baharu yang akan memberikan lebih keseronokan kepada para pemain MyClub terutamanya ketika membentuk pasukan mereka.

Dan apa yang menarik adalah untuk Konami menjanjikan penambahan lesen bagi liga-liga dalam siri PES2019 selepas kehilangan hak untuk kejohanan UEFA Champions League!

Jadi apa pendapat anda? Teruja dengan siri PES2019? Nikmatilah video ini!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN