Jupp Heynckes: “Pemain Seperti Aubameyang Tidak Akan Dapat Tempat Di Bayern Munich”

Jurulatih Bayern Munich, Jupp Heynckes berkata bahawa beliau tidak akan membawa masuk pemain yang mempunyai perwatakan seperti Ousmane Dembele dan Pierre-Emerick Aubameyang selepas apa yang dihadapi oleh Borussia Dortmund berkaitan sikap kedua-dua pemain.

Dembele berpindah ke Barcelona pada musim panas yang lalu selepas melancarkan mogok dengan tidak menghadiri latihan. Tindakan tersebut menyebabkan Dembele didenda oleh pengurusan Dortmund.

B (Photo by TF-Images/TF-Images via Getty Images)

Manakala Aubameyang yang tidak menghadiri dua perjumpaan yang diatur oleh pihak kelab, telah dikaitkan dengan perpindahan ke London dengan menyertai Arsenal.

Dalam satu sidang media sempena perlawanan Bundesliga pada hujung minggu ini, Heynckes dipetik sebagai berkata:

“Situasi melibatkan Dembele dan Aubameyang harus dilihat secara kritikal. Ia adalah satu perkara yang tidak boleh diterima bagaimana sikap pemain-pemain ini sebagai seorang profesional.”

“Ia jelas tidak betul. Situasi sebegini sering terjadi. Namun kali ini ia telah mencapai satu lagi tahap dan dimensi lain.”

. (Photo by Chris Brunskill Ltd/Getty Images)

“Saya sangat kritikal di dalam perkara ini kerana pemains sering menerima layanan istimewa. Situasi Philippe Coutinho juga hampir serupa, tetapi diselesaikan dengan cara yang lebih baik.”

“Etik dan moral adalah sebahagian daripada tugas mereka, dan kita harus melihat perkara ini melalui gambaran yang lebih luas akan apa yang akan berlaku kepada masyarakat.”

“Anda harus menyedari betapa sukarnya sesetengah orang untuk memperolehi pendapatan bulanan seperti yang dibayar kepada mereka.”

“Kelab yang menandatangani pemain sebegini harus menjangkakan perkara yang sama berkemungkinan akan berulang kembali di sana.”

(Photo by TF-Images/Getty Images)

“Saya tidak mahu bercakap mengenai sentimen lain seperti untuk bersolidariti. Bola sepak adalah sukan berpasukan, dan jelas anda tidak boleh meletakkan keutamaan individu melangkaui kepentingan pasukan.”

“Kelab lain di luar sana harus berfikir banyak kali untuk membawa masuk pemain sebegini. Jika ianya adalah saya, sudah pasti saya akan menutup pintu untuk pemain dengan sikap sebegini.”

Heynckes turut berkata beliau tidak boleh membayangkan perkara sebegitu terjadi di Bayern Munich, sambil menegaskan pengurus bertanggungjawab untuk menunjukkan kepada pemain bahawa perkara sebegitu tidak akan mendapat ruang di kelab masing-masing.

(Photo credit should read LLUIS GENE/AFP/Getty Images)

Sambil menjelaskan bahawa mengasingkan pemain dari skuad utama adalah tindakan yang tidak relevan, Heynckes percaya kaedah terbaik untuk menyelesaikan kemeletu sebegitu ialah melalui komunikasi.

Heynckes turut mengingatkan pengurusan kelab-kelab di Eropah tidak mengambil ringan suara penyokong yang membantah kenaikan harga tiket perlawanan membabitkan perlawanan terutamanya di saingan eropah.

Pada November lalu, penyokong Bayern Munich tampil membantah tindakan Anderlecht menaikkan harga tiket perlawanan.

“Penyokong Bayern mempunyai hak untuk bersuara mengenai kenaikkan harga tiket perlawanan yang dikatakan mencecah €100. Begitu juga dengan Arsenal yang tidak memenangi apa-apa gelaran utama, namun berterusan meningkatkan harga tiket perlawanan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN