“Perubahan Taktikal Dan Corak Permainan Akan Berlaku” – Faisal Halim

Penyerang lincah negara yang juga merupakan tonggak serangan utama Terengganu, Faisal Halim yakin dengan kemampuan pengendali baharu skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk membawa pasukannya ke suatu tahap yang diinginkan.

Jelas pemain kelahiran Pulau Pinang itu, berdasarkan apa yang dipamerkan Pan Gon sewaktu sesi latihan, Faisal yakin dengan kemampuan jurulatih berkenaan untuk memberi sesuatu yang baharu dalam kem negara selepas selesai aksi latihan pertama skuad kebangsaan semalam.

Tambah Faisal, beliau sendiri tekad untuk memberi segala yang terbaik bagi membantu skuad kebangsaan kembali digeruni dalam tiga aksi persahabatan yang bakal mereka harungi di Singapura pada minggu hadapan.

“Pada perjumpaan di hotel (semalam) kita dapat rasa satu kesungguhan daripada jurulatih dan saya boleh katakan dia boleh buat pasukan kita lebih maju dan meletakkan pasukan kita pada satu peringkat yang kita inginkan.

“Pada saya, perubahan taktikal dan corak permainan akan berlaku dan ia terpulang kepada pemain mampu ikut atau tidak,” katanya menerusi Harian Metro.

Pan-gon bakal berdepan cabaran pertamanya setelah bergelar jurulatih skuad Harimau Malaya untuk mengharungi tiga perlawanan di Singapura dalam aksi menentang tuan rumah, skuad Filipina, dan pasukan tempatan iaitu Albirex Niigata Singapura yang dijangka pada 28 Mac ini.

Dalam masa sama, bekas pemain Sri Pahang ini nekad untuk bersaing bagi mendapatkan tempat dalam skuad kebangsaan setelah hanya beraksi satu perlawanan sahaja ketika saingan Piala AFF 2020 lalu akibat dijangkiti Covid-19 yang membuatkan Faisal terpaksa dikuarantin selain terlepas banyak perlawanan penting.

“Pertama sekali sudah pasti saya agak kecewa kerana saya pergi ke sana (Piala AFF 2020) hanya bermain satu perlawanan dan perlawanan yang kita tak nak keputusan itu sebenarnya.

“Tapi apakan daya, takdir kita. Ini bola sepak, saya percaya kepada rezeki. Ini adalah peluang kedua saya bersama skuad negara, mungkin ini orang kata peluang yang terbaik untuk saya bersama jurulatih yang baru datang,” katanya.

Faisal pada musim ini bersama Terengganu masih belum membuat sebarang penampilan beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) kerana dua lawan pasukan mereka iaitu Sri Pahang dan Negeri Sembilan diserang wabak Covid-19.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN