Perubahan Pimpinan Tak Jejas Sokongan Rakan Penaja MFL

penaja

Beberapa rakan penaja dan komersial Malaysian Football League (MFL) menyatakan sokongan padu untuk meneruskan kerjasama dengan badan pentadbir Liga Malaysia itu meskipun berlakunya perubahan pucuk pimpinan.

MFL semalam telah mengumumkan perubahan status jawatan Pengerusi MFL kepada Presiden MFL menerusi pindaan perlembagaan yang menyaksikan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dipilih secara sebulat suara sebagai Presiden MFL menerusi undian daripada Ahli Lembaga Pengarah.

Pindaan perlembagaan MFL menerusi persetujuan kesemua pemegang taruh itu mensyaratkan calon untuk menduduki kerusi tertinggi MFL adalah dalam kalangan Ahli Lembaga Pengarah serta tidak terikat dengan mana-mana pasukan atau kelab Liga Malaysia.

Perubahan itu sekali gus menyaksikan Datuk Haji Hamidin dipilih mengambil alih teraju MFL daripada pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selaku Pengerusi MFL sebelum ini.

Bagi Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho, pihaknya amat
amat berpuas hati sepanjang tempoh dua tahun bekerjasama dengan Tunku Ismail yang dilihat berjaya mencetuskan inspirasi bukan hanya kepada komuniti bola sepak malah keseluruhan industri sukan.

“Komitmen jitu Tunku Ismail berjaya melakukan transformasi kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) serta bola sepak Malaysia menerusi kepimpinannya dalam MFL. Kami sedih apabila mendapat berita bahawa Tunku Ismail tidak lagi menerajui MFL tapi kami percaya MFL akan terus melangkah ke depan.

“Kami bersedia untuk meneruskan kerjasama dengan presiden baru MFL Datuk Haji Hamidin bagi memastikan kejayaan visi MFL Next50,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sentimen sama dikongsi Pengarah Pemasaran F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Graham Lim yang mengakui visi besar Tunku Ismail dalam melakukan transformasi bola sepak Malaysia menjadi pendorong utama mereka bekerjasama dengan MFL.

“Kami berterima kasih kepada kepimpinan Tunku Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif MFL Kevin Ramalingam yang menjadikan kerjasama ini berjaya.

“100Plus turut ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Presiden MFL yang baru Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dan kami menaruh kepercayaan tinggi bahawa misi dan visi MFL Next50 akan tercapai,” katanya.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN