Perubahan Peraturan Liga Australia Benarkan Lebih Ramai Pemain Tempatan Ikut Jejak Liridon Krasniqi

Selepas bertahun lamanya memburu pemain berprofil tinggi, pemain ejen bebas dari eropah dan bintang Amerika Selatan, Liga Australia atau dikenali sebagai A-League akan mengubah strategi memburu pemain dari rantau Asia termasuk Asia Tenggara.

Perkara itu kini menjadi agenda utama Liga Profesional Australia (APL) untuk tujuan pelaksanaan dengan segera. Pemilikd dan penganjur A-League kini sedang berusaha untuk mengubah peraturan membabitka pemain yang didatangkan menggunakan visa mulai musim depan untuk mewujudkan slot khas dari Asia dan Timur Tengah.

Peraturan import 4+1

Di bawah peraturan sedia ada, setiap pasukan bertanding dibenarkan mengambil lima pemain asing dari mana-mana negara di seluruh benua.

Namun kini APL mahu kuota tersebut diubah di dalam liga profesional di Australia menggunakan formula 4+1 dengan satu slot disediakan khusus untuk negara-negara di bawah naungan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Langkah tersebut adalah untuk menggalakan kelab bertanding mendapatkan pemain dari negara yang mempunyai persamaan penduduk/komuniti di Australia, sekali gus membantu kelab menarik lebih ramai penyokong di kalangan bukan penduduk asal dari rantau tersebut yang telah berhijrah ke negara itu.

Bola sepak sememangnya sukan yang popular di kalangan penduduk Asia terutama di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Timur Tengah. Dengan memperkenalkan kuota tersebut, A-League juga berharap mampu memperluaskan potensi liga dari segi komersil terutama hasil dari hak penyiaran, apabila berjaya memancing pemain bintang dari negara yang lebih kecil tetapi memiliki populasi penduduk yang gilakan bola sepak.

Idea seperti itu bukanlah perkara kali dipraktikkan di dalam bola sepak. Jepun misalnya amat berjaya memasarkan J-League di luar negara sejak beberapa tahun lalu dan telah meluaskan pemasaran hak penyiaran ke negara-negara lain dengan memberi slot untuk pemain dari Asia Tenggara.

Di Australia perkara tersebut telah menjadi topik perbincangan sejak sekian lama, dan kini ia semakin hampir untuk diimplementasikan seawal musim hadapan.

Peluang pemain tempatan

Pada awal penubuhan A-League, pengambilan pemain dari Asa Tenggara dianggap sebagai langkah ke belakang kerana pemain-pemain dari rantau ini dianggap tidak menepati standard diperlukan di negara tersebut.

Namun perubahan bola sepak di seluruh Asia dan Asia Tenggara sejak kebelakangan ini berjaya mengubah persepsi itu. Prestasi skuad kebangsaan Vietnam dan Thailand antaranya telah menjadi bahan kajian untuk peraturan ini digubal.

A-League juga melihat jurang kualiti bola sepak di kalangan kuasa-kuasa besar Asia dan negara kerdil bola sepak semakin kecil. Pengambilan pemain dari rantau ini turut dilihat mampu memenuhi peraturan gaji siling yang ditetapkan oleh A-League.

Aksi Liridon Krasniqi bersama Newcastle Jets pada musim lalu.

Prestasi pemain-pemain seperti Nguyen Quang Hai (Vietnam) dan Chanatip Songkrasin (Thailand) di beberapa kejohanan dan pusingan kelayakan Piala Asia/Piala Dunia turut menarik perhatian A-League.

Malaysia sebenarnya turut tidak ketinggalan meninggalkan impak di dalam bola sepak Australia. Pada musim lalu, pemain JDT, Liridon Krasniqi beraksi bersama Newcastle Jets secara pinjaman.

Pemain naturalisasi negara itu melakukan 9 penampilan untuk Newcastle Jets sebelum berhijrah menyertai kelab Indian Super League (ISL), Odisha FC pada musim ini.

Satu perkara yang pasti, perubahan ini turut akan memberikan lebih banyak ruang kepada pemain dari negara ini untuk beraksi di Australia pada masa akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN