Perubahan Mendadak Terengganu FC Gembirakan Lee Tuck

Lee Tuck Terengganu FC 2020 Latihan

Pemain tengah dan kapten Terengganu FC, Lee Tuck telah menyaksikan perubahan mendadak rakan-rakan sepasukannya dalam sesi pra-musim kali ini dan perkembangan ini sangat mengembirakannya.

Walaupun masih tidak dapat bermain bersama sejak dari awal lagi akibat kecederaan yang dialaminya, Lee Tuck memberi jaminan beliau akan kembali pulih sebelum liga bermula pada 28 Februari depan.

Terengganu sudah melalui beberapa perlawanan persahabatan dan Jelajah Pra-Musim di Lembah Klang setakat ini dan dijangkakan Sang Penyu akan berangkat ke Thailand pada awal Februari depan.

“Saya mengalami kecederaan tendon tetapi ianya tidak serius. Ia membuatkan saya terlepas latihan untuk tempoh sebulan tetapi saya akan pastikan saya akan kembali cergas 100 peratus.

“Buat masa ini, tahap kecergasan saya tidak seperti yang saya mahukan. Jadi, ketika ini, saya sedang bekerja keras bersama jurulatih kecergasan dan membuat lebih latihan di gym,” jelasnya.

Pemain berusia 31 tahun itu turut berkata kepada The Star, ketika menjalani proses pemulihan ini, beliau tetap mengikuti semua perlawanan yang dilalui Terengganu dan ia sangat memuaskan hatinya.

“Semasa proses pemulihan ini, saya juga tidak terlepas menyaksikan rakan-rakan bermain dalam aksi pra-musim, dan saya gembira melihat segalanya menjadi. Ia sangat mengujakan.

“Pengurusan pasukan dan jurulatih telah menggunakan wang sebaiknya dan keputusan untuk membentuk pemain-pemain muda dua tahun lalu semakin membuahkan hasil,” tambahnya lagi.

Bercakap mengenai sasaran untuk musim baharu, Lee Tuck memasang impian untuk memenangi sekurang-kurangnya satu piala selepas gagal melakukannya pada saingan Liga Malaysia 2019.

Terengganu yang merupakan finalis Piala Malaysia 2018, menamatkan musim lalu di kedudukan ke-7 Liga Super dengan 30 mata dan beraksi sehingga ke suku akhir Piala FA serta Piala Malaysia.

“Saya mahu memenangi sekurang-kurangnya satu trofi buat Terengganu. Berdasarkan aksi persahabatan setakat ini, kita dapat lihat pemain-pemain semakin serasi dalam dan luar padang,” ujarnya.

Untuk musim 2020, Terengganu telah membawa masuk beberapa pemain untuk membaiki struktur pasukan seperti kehadiran Faris Ramli,D. Saarvindran, Faiz Nasir dan Nasir Basharuddin.

Turut dibawa masuk pertahanan baharu dari Senegal, Boubacar Diallo dan penyerang, Dominique da Sylva yang kian memikat hati penyokong Terengganu dalam perlawanan pra-musim.

Kredit Foto: Terengganu FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN