Pertikai Isu Sepakan Penalti, Clattenburg Anggap Klopp Hipokrit

Clattenburg Klopp
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Loading official content
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio
Take a look at the arrival of the Brazilian national team players in Teresópolis, Rio de Janeiro, where the squad starts the preparation for the World Cup Qualifiers.
0 seconds of 31 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Messi bags his trademark chip against Atlanta United
01:12
00:00
00:31
00:31
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Lihat lebih video CBF di OneFootball

Bekas pengadil saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Mark Clattenburg mengecam pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dengan mengatakan pengendali kelahiran Jerman itu sebagai hipokrit kerana mempersoalkan jumlah sepakan penalti yang diterima Manchester United.

Klopp mencetuskan kontroversi apabila beliau mengatakan Manchester United yang bakal ditentang anak buahnya pada 18 Januari ini telah menerima banyak sepakan penalti dalam tempoh dua tahun ini.

Sebelum ini, pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer membidas kenyataan tersebut dengan menjelaskan beliau langsung tidak pernah mengira berapa jumlah sepakan penalti yang diterima oleh pasukan lain.

Sehubungan dengan itu, Clattenburg berpendapat Klopp sebagai seorang yang hipokrit serta hanya mahu bermain perang psikologi bagi mempengaruhi keputusan pengadil pada perlawanan-perlawanan seterusnya.

”Jurgen Klopp kelihatan berada dalam keadaan cemas. Komennya pada minggu lalu tentang Manchester United dan penalti merupakan salah satu cara yang pernah dilakukan oleh Sir Alex Ferguson.”

”Itu merupakan permainan psikologi. Satu usaha untuk mempengaruhi pengadil, Paul Tierney [akan bertugas mengendalikan perlawanan] sebelum aksi menarik antara Liverpool dan United pada hujung minggu ini.”

”Dia kedengaran seperti orang yang hipokrit jika menganggap pemain United sengaja menjatuhkan badan untuk mendapatkan sepakan penalti. Pemain seperti [Mohamed] Salah dan [Sadio] Mane juga memiliki kemampuan yang sama.”

”Dia jelas kelihatan gelisah. Sejak Fergie, kita belum pernah melihat usaha secara terang-terangan dilakukan pengurus untuk mempengaruhi pengadil menjelang perlawanan besar.”

”Klopp tidak melakukan perkara ini pada musim lalu. Dia tidak suka kepada kekalahan. Tetapi dia keliru dengan mengatakan bahawa pengadil telah menguntungkan United,” ujar Clattenburg menurut laporan ECHO.

Kredit featured image: Owen Humphreys – Pool/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Mark Clattenburg dan Jurgen Klopp:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN