Pertemuan Timur – Barat Dalam Final Piala Asia Pertama Sejak 2000

Sudah sekian lama negara Asia Barat tidak dipertemukan dengan negara Asia Timur dalam final Piala Asia. Meskipun AFC mempunyai konferedasi serantau, artikel ini menumpukan wakil zon geografi yang bertembung pada perlawanan akhir.

Harus diingat, 4 edisi pertama Piala Asia iaitu 1956, 1960, 1964 dan 1968 tidak ada perlawanan akhir. Ini disebabkan format liga digunakan.

Artikel ini mengimbau kembali pertembungan wakil Asia Timur – Asia Barat dalam final pertandingan berprestij benua terbesar dunia ini.

Korea Selatan tersangkut

Menurut catatan RSSSF, Korea Selatan menjadi wakil Asia Timur pertama menentang wakil Asia Barat iaitu Iran semasa final Piala Asia 1972. Perlawanan akhir yang dijalankan di Bangkok, Thailand menyaksikan gelaran jaguh Asia menjadi milik Iran

Iran menewaskan Korea Selatan dengan skor 2-1 selepas masa tambahan. Hossein Kalani menjadi penjaring gol kemenangan untuk menewaskan Korea Selatan.

8 tahun kemudian, Korea Selatan sekali lagi ke perlawanan akhir. Namun takdir masih tidak memihak mereka pada ketika itu.

Kuwait menjadi hos menewaskan mereka dengan 3 gol tanpa balas dalam perlawanan final Piala Asia 1980.

Kegagahan Arab Saudi

Pertemuan ketiga Timur – Barat dalam final Piala Asia bersambung pada edisi 1984. Kali ini Singapura menjadi venue perlawanan akhir.

Arab Saudi memalukan China melalui gol melalui Shaye al-Nafisah dan Majed Abdullah.

Penguasaan Arab Saudi pada Piala Asia diteruskan pula untuk kejohanan 1988. Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan selepas masa sebenar dan masa tambahan. 

Korea Selatan ditewaskan Arab Saudi melalui sepakan penalti selepas masa tambahan.

Jepun menebus maruah

Piala Asia 1992 menampilkan tuan rumah, Jepun bertemu juara bertahan, Arab Saudi. Jepun membuktikan kehebatan mereka di hadapan penyokong sendiri.

Takuya Takagi menjaringkan satu-satunya gol perlawanan bagi meranapkan harapan Arab Saudi memenangi Piala Asia tiga kali berturut-turut.

Pemain Jepun merayakan kemenangan dalam Piala Asia 2000 (Photo by Matthew Ashton/EMPICS via Getty Images)

Skrip yang sama berulang pada Piala Asia 2000. Sekali lagi Jepun menumbangkan Arab Saudi di Beirut, Lubnan.

Malah, skor juga sama dengan final 8 tahun sebelumnya. Piala Asia 2000 merupakan final terakhir bagi negara Asia Timur dengan Asia Barat dipertemukan.

Statistik ringkas

Daripada 6 pertemuan di atas, 4 kali dimenangi oleh wakil Asia Barat. Dua daripadanya dimenangi oleh Arab Saudi, manakala 1 masing-masing dimenangi oleh Iran dan Kuwait.

Hanya 2 kali sahaja wakil Asia Timur berjaya memenangi pertemuan panas ini. Dan kedua-duanya milik skuad Samurai Biru iaitu Jepun.

Edisi ketujuh final panas Timur – Barat ini akan dapat disaksikan pada final Piala Asia 2019. Pertemuan antara Jepun menentang Qatar dapat disaksikan pada esok,  jam 11 malam (waktu Malaysia).

Anda berpihak kepada mana? Timur atau Barat?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN