Kevin Ramalingam: “Pertemuan FMLLP & KAFA Adalah Pertemuan Yang Bernas”

Baru-baru ini, pihak KAFA telah berjumpa dengan pihak FMLLP di pejabat mereka di Damansara Perdana untuk membincangkan mengenai isu yang melanda antara dua entiti berkenaan.

KAFA yang diketuai pemangku presiden mereka iaitu Datuk Seri Affandi Hamzah bertemu dengan wakil FMLLP yang diketuai oleh CEO mereka iaitu Kevin Ramalingam.

Hasil daripada pertemuan tersebut, Kevin menggambarkan pertemuan tersebut sebagai pertemuan yang “bernas”.

Pihak FMLLP dan KAFA bertemu di Damansara Perdana. Gambar: FMLLP

Hal ini kerana, pihak FMLLP telah menerangkan dengan jelas mengenai perkara yang perlu pihak KAFA lakukan untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

“Pihak KAFA akan mengemukan segala dokumen yang diperlukan secepat mungkin sebelum jendela perpindahan kedua Liga Malaysia ditutup.”

Walaupun begitu, Kevin menegaskan pemulangan mata seperti yang diterima oleh pihak T-Team misalnya hanya akan ditentukan oleh ahli lembaga pengarah FMLLP dengan rayuan disediakan oleh pihak KAFA.

Jelas Kevin lagi, FMLLP hanya menekan KAFA dalam isu pendaftaran pasukan dan bukannya mengenai gaji para pemain.

Mengenai tunggakan gaji, FMLLP berkata tiada masalah jika KAFA membayar tunggakan gaji mengikut masa yang ditetapkan.

“Kalau KAFA sudah habis menjelaskan pembayaran, maka tiada masalah.”

“Dari segi pendaftaran, jika KAFA dapat mengisytiharkan yang mereka sudah bayar mengikut waktu itu sudah memadai.”

Di akhir kenyataan media, Kevin sendiri mengatakan andai KAFA datang ke FMLLP lebih awal untuk berbincang pasti masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.

Apa kata KAFA?

Di pihak KAFA, Datuk Seri Affandi Hamzah mengatakan pihak KAFA perlu menyelesaikan segera dokumen-dokumen yang diperlukan.

Menurut Affandi, KAFA perlu menyelesaikan segala masalah supaya isu-isu seperti pemotongan mata, pendaftaran pemain import baharu dan sebagainya boleh diatasi.

Mengenai pemain import, pihak KAFA merancang untuk mendaftarkan 1 pemain sahaja dahulu iaitu Abou Bakr Al-Mel. Selepas perkara lain selesai, barulah pemain Seydi L’Imam pula didaftarkan.

Di akhir kenyataan media, Affandi memberitahu yang KAFA diberi tempoh oleh FMLLP untuk melengkapkan segala dokumen yang diperlukan sebelum 12 Jun 2017.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN