Pertembungan Sengit Lima Jaringan Terhasil, Derbi Milan Jadi Milik Inter

Inter Milan

Inter Milan terus menjadi ‘raja’ buat Derbi Milan selepas berjaya menundukkan seteru setempat, AC Milan 3-2 dalam saingan Serie A yang berlangsung awal pagi tadi.

Kemenangan itu merupakan yang kedua buat Inter Milan dalam Derbi Milan pada musim ini setelah turut menang 1-0 pada Oktober tahun lalu hasil jaringan lewat Mauro Icardi.

Skuad bimbingan Luciano Spalleti itu hanya memerlukan tiga minit untuk membuka tirai jaringan menerusi Matias Vecino.

Hasil umpanan menerusi tandukan oleh Lautaro Martinez selepas menerima hantaran lintang daripada Ivan Perisic digunakan sepenuhnya Vecino untuk melepaskan rembatan yang menewaskan Gianluigi Donnarumma di gawang AC Milan.

Tersentak dengan jaringan awal tersebut, pemain AC Milan berusaha untuk kembali menyamakan kedudukan, namun rembatan Lucas Paqueta dari luar kawasan penalti ditepis dengan baik Samir Handanovic.

Ketika permainan babak kedua baru berlangsung enam minit, pemain pertahanan, Stefan De Vrij menambah jaringan kedua buat Inter Milan selepas beliau menanduk masuk bola hasil hantaran Matteo Politano.

Pemain tengah AC Milan, Tiemoue Bakayoko berjaya merapatkan jurang pada minit ke-57 setelah pemain kelahiran Perancis itu menanduk bola bagi menyambar sepakan percuma yang diambil Hakan Calhanoglu.

Berselang sepuluh minit kemudian, Inter Milan dihadiahkan sepakan penalti selepas Politano dikasari Samu Castillejo dalam kawasan penalti.

Lautaro Martinez yang ditugaskan mengambil sepakan tidak berdepan masalah menewaskan Donnarumma untuk gol ketiga.

MILAN, ITALY – MARCH 17: Tiemoue Bakayoko (R) of AC Milan shows his dejection at the end of the Serie A match between AC Milan and FC Internazionale at Stadio Giuseppe Meazza on March 17, 2019 in Milan, Italy. (Photo by Emilio Andreoli/Getty Images)

Ketinggalan dengan dua jaringan tidak mematahkan semangat para pemain AC Milan untuk kembali bangkit dan mereka berjaya menjaringkan gol kedua menerusi rembatan jarak dekat diledakkan pemain pertahanan, Mateo Musacchio.

Kebangkitan mereka selepas itu masih gagal untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata dan perlawanan berakhir dengan keputusan 3-2 memihak Inter Milan.

Dengan kemenangan bermakna ini, Inter merampas kedudukan ketiga AC Milan dengan mengumpul 53 mata, hanya berkelebihan dua mata di belakang Milan yang meraih 51 mata.

Tangga teratas saingan Serie A masih lagi milik Juventus (75 mata) yang mendahului SS Napoli dengan kelebihan 15 mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN