Pertembungan 2 Jeneral Liga Super Pada Aksi Palestin Bertemu Jordan

Saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 bakal berlangsung buat julung kalinya pada tahun ini di Stadium Bola Sepak KLFA Cheras, Kuala Lumpur dengan mempertemukan antara Palestin dan Jordan.

Bersama-sama di Kumpulan B bagi pusingan ketiga kelayakan tersebut, kedua pasukan bakal mengharungi aksi tersebut dalam misi untuk meraih kemenangan sulung serta mencerahkan peluang ke pentas lebih tinggi.

Palestin yang memilih stadium rasmi Kuala Lumpur City (KL City) sebagai gelanggang mereka malam ini, dijangka bakal menghadapi aksi getir daripada Jordan yang pastinya akan menurunkan kesebelasan utama terbaik.

Rekod perlawanan sebelum ini menyaksikan Palestin berjaya mengikat jaguh Asia, Korea Selatan menerusi keputusan seri tanpa jaringan di gelanggang lawan.

Sementara Jordan pula turut terikat seri 1-1 sewaktu beraksi di laman sendiri ketika berdepan cabaran daripada Kuwait hasil jaringan Mousa Al-Tamari.

Menarik untuk perlawanan malam ini adalah kedua pasukan bakal mempertaruhkan pemain tengah handalan mereka yang sedang mencipta sensasi kini di pentas Liga Super iaitu Noor Al-Rawabdeh (Selangor), serta Oday Kharoub (Kelantan Darul Naim).

Daripada segi pencapaian semasa, jelas Al-Rawabdeh lebih menonjol apabila beliau berjaya mengekalkan konsistensi pada musim keduanya di saingan Liga Malaysia (Liga M).

Oday pula, ini merupakan penampilan sulung beliau di Malaysia dengan menjadikan KDN sebagai pasukan pertama bersama aksi ditampilkan cukup menarik.

Statistik semasa kedua pasukan ini di Malaysia juga agak seimbang dengan Al-Rawabdeh setakat ini sudah mencipta 10 penampilan bersama Selangor serta meledak dua gol dan satu bantuan jaringan.

Begitu juga dengan Oday yang menjadi tunjang utama KDN musim ini di posisi tengah dengan beliau turut merekodkan 10 penampilan, satu gol, serta dua bantuan jaringan.

Al-Rawabdeh bakal bertemu Oday buat julung kalinya pada musim ini di atas padang pada aksi antarabangsa, setelah beliau terlepas beraksi menentang KDN dalam saingan Liga Super bulan lalu.

Sudah tentu, pertemuan kedua pemain ini bakal menjadi tumpuan utama ekoran prestasi positif ditampilkan mereka sebelum itu bersama kelab masing-masing selaku jeneral.

Selain Al-Rawabdeh, Jordan turut memiliki dua lagi pemain Liga M musim ini iaitu Ali Olwan serta Reziq Banihani di posisi serangan, selain bekas import Selangor Yazan Al-Arab serta Mahmoud Al-Mardi (Kedah).

Sayangnya, Palestin tidak menyenaraikan abang Oday yang kini turut beraksi bersama KDN di posisi penyerang serta sayap iaitu Layth Kharoub untuk aksi bertemu Jordan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN