Pertarungan 2 El-Liderazgo: The Normal One vs The Special One, Sempena Perseteruan Barat Laut

Usia Jurgen Klopp dan Jose Mourinho hanyalah 4 tahun bezanya. Namun dalam arena bola sepak, ia seperti 10 tahun.

Setahun yang lalu, ketika Jurgen Klopp menyertai Liverpool, antara soalan yang ditanya oleh wartawan dalam sidang media pertama beliau adalah.

“Adakah anda The Special One?”

Ia dijawab dengan senyuman oleh Klopp dengan menyatakan beliau cuma The Normal One. 

Ia mengingatkan kita kepada Jose Mourinho yang memperkenalkan diri beliau sebagai The Special One ketika dilantik mengendalikan Chelsea pada Jun 2004.

Falsafah Bola Sepak

Jurgen Klopp terkenal dengan pendekatan ‘gila penguasaan bola’ dalam bola sepak yang menekan lawan di garisan tinggi.

Anda pasti teringat perlawanan Tottenham vs. Liverpool sebelum ini bagaiamana 2 pasukan bermain dalam bola sepak yang seperti ada 3 jantung untuk setiap pemain.

Hal yang sama berlaku ketika Liverpool berhadapan dengan Arsenal pada pembukaan musim. Bola sepak penuh degan konsentrasi dan keinginan untuk memenangi bola di kawasan lawan.

Berbeza dengan Jose Mourinho, beliau lebih gemarkan bola sepak yang lebih dominan di bahagian tengah dan kuat di barisan pertahanan dengan pembentukan banyak segitiga. Perkara paling asas adalah pertahanan yang berdisiplin.

mk

Beliau pernah berkata

“Saya paling tidak suka menjadikan ‘permainan yang cantik’ sebagai alasan ketika kalah”

Jelas Mourinho mahukan setiap pemain ada mentaliti ingin menang yang kuat di dalam pasukan.

Klopp & Jose Sang Pemimpin

Menurut Jonathan Wilson dari The Guardian, walaupun dari segi falsafah bola sepak yang berbeza, namun kedua-dua pengurus memiliki satu persamaan yang kuat iaitu kepimpinan.

Pengurus berasal dari Argentina Carlos Biancchi pernah berkongsi rahsia kejayaan beliau di rantau Amerika Latin.

bianchi

Menurut Bianchi, kadangkala pengurus bola sepak berjaya menang dalam sesuatu perlawanan, bukan kerana strategi di atas padang, tetapi kerana mereka ada aura el-liderazgo.

El-liderazgo merujuk kepada ‘kepimpinan’ (leadership) yang kuat untuk mempengaruhi orang lain dengan kata-kata dan perlakuan. Karisma ini yang kuat dimiliki oleh Jurgen Klopp dan Mourinho.

Jurgen Klopp lebih mesra dan aktif di garisan teknikal dengan sentiasa menjerit dan berlari ke sana ke sini untuk sentiasa terlibat dengan 11 pemain di dalam padang.

js78753083

Beliau juga terkenal dengan keghairahan dengan menjerit, melompat dan berlari untuk meraikan gol anak-anak buah beliau.

Sikap Klopp yang spontan membuatkan beliau sentiasa mewujudkan suasana sidang media yang meriah. Anda pasti teringat cara beliau bercakap dalam Monday Night Football beberapa minggu lepas, ramai yang teruja mendengar beliau bercakap. Itulah aura!

jk

Jose Mourinho pula lebih serius dan nampak garang dan dari luaran. Kita pasti menilai beliau sudah pasti bos yang garang.

Bekas anak buah beliau, Vitor Baia pernah memberitahu cara Jose Mourinho dalam menguruskan pasukan semasa perlawanan.

“Beliau ada perancangan yang sangat teliti dalam setiap perlawanan. Di dalam perlawanan pemain tinggal untuk melaksanakannya.”

“Mourinho juga sangat mengenali setiap orang di dalam pasukan dan ia membolehkan beliau memahami dan mengawal emosi kami pada setiap situasi.”

mourinho

Seorang penulis, Roy Henderson menggambarkan Mourinho mirip kepada gaya ahli teori politik Max Weber daripada dari Jerman sebagai ketua yang berkarisma yang diperlukan untuk mempengaruhi orang lain.

Namun, masalah utama el-liderazgo adalah apabila aura mereka mulai hilang. Mereka tak ubah seperti penjinak Singa.

Apabila kuasa hipnosis di mata mereka hilang, akan terserlah kerisauan pada mata mereka di saat mereka ‘kalah’.

Bos Tetap Bos

Walaupun 2 personaliti ini agak kontras, tetapi dari segi kepimpinan mereka berdua jelas ada sikap autokrasi yang kuat.

Apa yang Mourinho lakukan kepada Schweinsteiger antara contoh yang terbaik. Mourinho terus-terang menyatakan beliau perlu memilih beberapa pemain tengah terbaik untuk pasukan beliau.

Kerana terlalu ramai pilihan, beliau terpaksa menyingkirkan salah seorang, dan orang itu adalah Schweinsteiger. Ia seolah-olah bukan sesuatu yang baru. Episod yang sama beliau pernah lakukan di Real Madrid dan Chelsea sebelum ini.

Manchester United Bastian Schweinsteiger leaves

Jurgen Klopp mungkin tidak terlalu terbuka dalam soal siapa pemain yang beliau tidak mahukan namun dalam beberapa transaksi perpindahan, kita dapat melihat pemain seperti Joe Allen, Benteke dan Balotelli yang dijual kerana isu taktikal.

Ia kadangkala lebih baik untuk kedua-dua pihak.

benteke-klopp-1024x683

Mereka mahukan satu pasukan yang benar-benar menepati kehendak sistem dan taktikal. Ia lebih kepada profesional daripada melayan emosi.

‘The One’ Mana Akan Menang?

Musim lalu, walaupun United lebih baik daripada Liverpool dalam pertembungan ini dengan menang alam kedua-dua perlawanan liga, namun ramai melihat Klopp mewakili bola sepak moden dan Louis van Gaal pula lebih tradisional.

Perbezaan yang jelas apabila Liverpool sangat dominan ketika menewaskan United 2-0 di Old Trafford dalam perlawanan Liga Europa.

Musim ini mungkin United kurang konservatif berbanding dengan musim lalu. Namum begitu mereka masih belum cukup terurus berbanding dengan City, Spurs mahupun Liverpool.

Ia mungkin kerana buat masa ini Jose Mourinho lebih banyak bekerja dari asas. Jose Mourinho dengan terbuka menyatakan beliau terpaksa mendidik semula mentaliti pemain United yang dibebankan oleh falsafah Van Gaal.

Pada 18 Oktober ini kedua-dua el-liderazgo ini akan bertemu. Ia akan menguji kemampuan mereka untuk menguruskan taktikal masing-masing.

Rekod semasa Klopp vs. Mourinho adalah

Pertemuan : 7
Klopp menang : 5
Mourinho menang : 1
Seri: 1

Siapakah yang akan menang kali ini?

Klopp atau Mourinho?

Baca juga : Analisis Taktikal EPL 16/17: Arsenal v Liverpool(3-4) – Zonal Marking Rapuh Kedua-Dua Pasukan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN