Pengendali PSM Makassar iaitu Bernardo Tavares jelas kecewa dengan keputusan pengadil perlawanan, apabila beliau dilayangkan kad kuning ketika aksi pasukan tersebut menentang Arema FC dalam saingan Liga 1 Indonesia.
Jurulatih dari Portugal itu juga berharap agar setiap pengadil yang bertugas selepas ini mampu mengadili perlawanan dengan lebih baik.
Bernardo pada musim ini boleh dianggap menjalankan tugas beliau dengan sangat baik selaku pengendali PSM Makassar, apabila beliau bijak menggunakan kombinasi pemain muda serta import berkualiti untuk menewaskan Arema FC menerusi keputusan 1-0.
Bruno Fernandes ❌
Yuran Fernandes ✅📽️ credit : @Liga1Match#EwakoPSM #BRILiga1 #PSMvArema pic.twitter.com/2oIq7fb5io
— PSM Makassar (@PSM_Makassar) August 20, 2022
Walaupun berjaya memenangi perlawanan tersebut, Bernardo jelas tidak berpuas hati dengan beberapa situasi, terutama sekali dari segi keputusan pengadil yang disifatkannya tidak begitu bagus.
Jelas beliau, pengadil perlawanan tersebut iaitu Heru Cahyono jelas tidak begitu memihak mereka dengan Bernardo turut dilayangkan kad kuning pada minit ke-51.
Menurut bekas pengendali Benfica itu, ini pertama kali beliau dilayangkan kad kuning sepanjang kariernya selaku jurulatih profesional.
“Pengadil lebih mudah memberikan kad kuning kepada jurulatih berbanding situasi kekasaran yang dilakukan oleh pemain Arema FC kepada anak-anak buah saya.
“Ini pertama kali saya dilayangkan kad kuning sepanjang karier saya selama ini sebagai seorang jutulatih profesional.
“Bayangkan anda merupakan seorang bapa, ianya sesuatu yang normal untuk saya melakukan protes sekiranya anak-anak saya dikasari oleh pemain lawan.
“Ketika itu, saya hanya bersuara kepada pengadil agar mampu melihat situasi di atas padang dengan lebih baik”, jelas Bernardo menerusi Bola.com.
Untuk rekod, Bernardo memang diakui sebagai salah seorang pengendali bola sepak yang bersifat tegas dan lantang bersuara mengenai segala masalah berlaku.
Pelatih PSM Makassar, Bernardo Tavares: Tolong laga lawan Arema FC dipimpin wasit berkualitas.https://t.co/jusJesZFDW
— BOLA.COM (@bolacomID) August 16, 2022
Kali ini, beliau jelas lantang bersuara mengenai mutu pengadilan yang disifatkannya sebagai tidak adil dan lebih berpihak kepada pasukan lawan.
“Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan pemain lawan, malah saya bersama pengendali Arema FC iaitu Eduardo Almeida merupakan teman baik.
“Apa yang saya tidak berpuas hati mengenai mutu pengadilan yang diharap mampu mengawal perlawanan dengan lebih baik.
“Banyak insiden kekasaran dibuat oleh pemain lawan. Ada pemai kami dibentes keras dan disiku. Jika perkara ini pun boleh terjadi walaupun beraksi di laman sendiri, bayangkan jika kami bertandang ke tempat lawan?,” tambah beliau lagi.
Bernardo juga menyatakan pengadil kedua perlawanan juga dilihat tidak begitu membantu mengawal permainan dengan baik ketika itu.
“Saya tahu pengadil tersebut tidak dapat melihat semua situasi yang terjadi di atas padang kerana beliau hanya mempunyai dua mata sahaja.
“Tetapi bukankah mereka juga mempunyai pembantj pengadil yang dapat membantu memantau situasi dengan lebih baik dan mampu melihat dengan jelas.
“Mereka perlu menghormati pasukan yang bertanding setelah segala persiapan yang dibuat sebelum hari perlawanan,” luah Bernardo dengan begitu kecewa.
Thank you for the distinction of Best Coach. We are a team, and as such, we all lose, and we all win.
Congratulations to all the staff of the club, to our supporters who filled the stadium and to our players who are the real winners of this distinction #ewako #ewakopsm pic.twitter.com/AwL4D4IwkH— Bernardo Tavares (@Bernard68456108) August 21, 2022
Aksi selepas ini PSM Makassar bakal menghadapi perlawanan getir dalam aksi final Piala AFC peringkat zon Asia Tenggara untuk menentang Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.