Pertahanan Level Up FC Sekat Penyerang Ingress Tigers FC Untuk Menang 2-1

Walaupun di dalam perlawanan ini, Ingress memegang bola hampir 60% dari keseluruhan perlawanan, namun Level up yang pulang dengan 3 mata setelah menewaskan Ingress FC 1-2.

Perlawnan yang cukup menarik untuk ditonon. Level Up merupakan pasukan yang lebih bersedia berbanding Ingress. Mereka mempunyai satu strategi sahaja pada malam semalam – dapatkan gol awal, bertahan dan “counter attack”. Dan demi Tuhan, strategi mereka berjaya.

Seperti kata saudara Muzammil dari Semuanya Bola dalam ramalannya, Level Up memiliki pertahanan yang mantap dan mereka telah membuktikan kata-kata tersebut pada perlawanan semalam.

Pada 5 minit pertama, perlawanan seimbang. Kedua-dua pasukan bermain secara terbuka dan cuba mengawal perlawanan.

Sehingga ke minit ke-7, penyerang import Level Up, Tarik Hussein membuat rembatan kencang dari luar kotak secara tiba-tiba. Rembatan yang cukup mantap dari luar kotak, terkena palang dan masuk ke gawang gol Ingress. 0-1 kepada Level Up.

Gol Tarik sememangnya calon untuk gol terbaik minggu ini.

Selepas mendapat gol pertama mereka, Level Up mengekalkan strategi mereka untuk bertahan dan cuba menyerang dengan counter attack.

Ingress cuba untuk mencari ruang untuk memecahkan benteng pertahanan Level Up namun tidak berjaya. Level Up yang bertahan secara berkumpulan berjaya mematahkan corak permain Ingress.

Ingress yang telah diletakkan sebagai pasukan pilihan di dalam perlawanan ini kelihatan tidak bersemangat dan tidak serasi. Perlawanan separuh masa pertama tamat dan berpihak kepada Level Up.

Pada separuh masa kedua, sekali lagi Ingress berjaya memegang bola dan cuba mengatur serangan di dalam kawasan Level Up.

Namun pada minit ke 46, Level Up berjaya merampas bola dari Ingress dan terus membuat hantaran ke Tarik Hussein. Sekali lagi Tarik mengucar-kacirkan petahanan Ingress dan telah membuat hantaran cantik kepada Ramanan yang merembat tepat ke kanan gol.

Ingress tetap berjaya memenangi sepakan penalti apabila dijatuhkan dalam kotak penalti Level Up pada minit ke-65, 5 mint sebelum wisel penamat.

Rosedy Muslim tidak melakukan sebarang kesilapan untuk menjaringkan penalti tersebut. Level Up berjaya bertahan hingga ke wisel penamat dengan jaringan 1-2.

Statistik perlawanan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN