Pertahanan Korea Selatan Semakin Hampir Bersama Perak?

Jeon Hyo-Seok

Selepas dua musim berturut-turut menagih khidmat pertahanan import dari Australia dan Lebanon, Perak dilihat akan mengubah ‘selera’ bagi menghadapi Liga Malaysia 2020.

Hal ini kerana pemain kelahiran Korea Selatan, Jeon Hyo-Seok dikatakan sudah berada di Ipoh dalam usaha skuad Perak memantapkan jentera pertahanan susulan kontrak Hussein Eldor yang tidak disambung Persatuan Bolasepak Perak (PAFA).

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pemain pertahanan tengah berusia 22 tahun itu dikatakan semakin hampir untuk menandatangani kontrak bersama Perak.

Kredit foto: Oh Bulan

Jeon Hyo-Seok merupakan pemain pasukan K League 2, Asan Mugunghwa. Kelab tersebut merupakan juara K League 2016 dan 2018 namun dinafikan hak untuk beraksi di K League 1 berikutan beberapa masalah yang dihadapi.

Foto Jeon Hyo-Seok yang berada di Ipoh juga sudah tersebar luas di media sosial dan lebih mencuri tumpuan apabila perkembangan terkini ini bukan sahaja diikuti rapat penyokong Perak tetapi juga peminat K-Pop terutamanya di Twitter.

Sekiranya perpindahan ini menjadi realiti, berkemungkinan Perak akan mendapat penyokong tambahan kerana jika ditinjau, wajah Jeon Hyo-Seok jelas mencairkan hati segelintir gadis-gadis tanah air.

Selepas kehilangan pertahanan kental, Thiago Junior Aquino pada musim 2018, Perak membawa masuk Robert Cornthwaite tetapi pemain tinggi lampai itu mengumumkan persaraan pada pertengahan musim dan beliau digantikan dengan pemain Lebanon, Jad Noureddine.

Musim 2019 pula menyaksikan Zac Anderson yang direkrut pada awal musim telah digantikan Hussein Eldor.

Kredit foto: Instagram Jeon Hyo-Seok

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN