‘Bukan Biasa-Biasa’ – Pertahanan KL City Giancarlo Gallifuoco Pernah Beraksi Di Samping Harry Kane, Luka Modric

Giancarlo Galiuffucco Tottenham Hotspur

Pemain import Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco mendedahkan sisi menarik mengenai kariernya yang hanya mengetahui potensinya bermain selaku pertahanan tengah pada umur 25 tahun.

Menurut pemain yang berasal dari Australia ini, pada awal pembabitan kariernya di England semasa bersama Tottenham Hotspur ketika berumur 18 tahun, dia sering kali diletakkan posisi berbeza terutama di posisi tengah atau pertahanan kanan oleh jurulatih yang berlainan.

Namun, penghijrahan Giancarlo ke Melbourne Victory pada dua tahun lalu telah membuatkan dia semakin yakin untuk terus beraksi di pertahanan tengah yang kini menjadi posisi utamanya di KL City.

“Saya mempunyai ketinggian yang baik bagi perebutan bola di udara dan kekuatan di bahagian kaki yang membuatkan saya boleh bermain baik di bahagian pertahanan.

“Namun dalam masa saya punyai kecergasan yang baik serta boleh berlari tiap masa yang diperlukan, jadikan situasi itu membuatkan saya boleh beraksi di bahagian tengah.

“Semasa Harry Redknapp yang merupakan pengurus Tottenham pada waktu itu menandatangani saya, dari Torino, posisi asal saya adalah bahagian tengah namun selepas dia dipecat, penggantinya, Andrea Villas-Boas meletakkan saya sebagai pemain pertahanan.

“Tidak lama selepas dia dipecat, Tim Sherwood pula selepas itu meletakkan saya sebagai pertahanan kanan dan apabila bersama Swansea pada tahun berikutnya, saya kembali ke posisi tengah.

“Terus terang pada waktu itu, saya tidak tahu di posisi mana patut bermain cuma posisi pertahanan kanan saya fikir telah merencatkan perjalanan karier semasa di England.

“Akhirnya pada umur 24 ke 25 tahun apabila bersama Melbourne Victory, baharu sedar posisi yang cukup sesuai dengan saya sebenarnya ialah pertahanan tengah atau mungkin pemain tengah bertahan kerana dalam diri ini, saya seorang yang suka memenangi bola, mahu menjadi ketua di atas padang serta gemar membantu pasukan dalam situasi sukar,” katanya.

Giancarlo yang berumur 27 tahun merupakan antara tonggak penting KL City musim ini apabila gandingannya bersama Irfan Zakaria menyaksikan pasukan itu muncul pasukan ketiga terbaik bersama Penang yang kurang dibolosi iaitu 14 gol selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC.

Selain rekod tiga perlawanan KL City tidak dibolosi, pemain berketinggian 1.87 meter ini turut menjaringkan satu gol ketika pasukannya tewas 2-3 kepada Kedah Darul Aman.

Dalam pada itu, Giancarlo mengakui pengalaman pernah berlatih serta bermain bersama beberapa pemain ternama seperti penyerang antarabangsa England, Harry Kane, pemain tengah Croatia, Luka Modric dan penyerang Togo, Emmanuel Adebayor menjadi antara detik paling manis dalam karier selepas menyertai Tottenham pada tahun 2012.

“Saya ke Tottenham pada umur 18 tahun selepas persembahan saya dengan Torino yang ketika itu Serie B Itali meraih perhatian ramai sebelum Pengarah Teknikal Tottenham, Tim Sherwood menghubungi saya.

“Pada mulanya saya ingat hanya satu gurauan namun itu memang terjadi apabila dia mengatakan Harry Redknapp mahukan khidmat saya sebelum terbang ke sana dengan kontrak dua tahun dan enam bulan.

“Pengalaman bermain serta berlatih dengan Harry Kane, Massimo Luongo, Ryan Mason, Tom Carroll dan Nabil Bentaleb yang waktu itu juga merupakan pemain remaja tidak boleh dilupakan selain Adebayor, Luka Modric, Kyle Walker dan Gareth Bale, ia menjadikan saya seperti pemain hari ini,” katanya. – MFL

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan Kuala Lumpur City:

Piala Malaysia: Annuar Musa Seru 20,000 Penyokong KL City FC Banjiri SNBJ

Piala Malaysia: Penantian 32 Tahun Berakhir, KL City Ke Final Selepas Penentuan Sepakan Penalti

Walaupun Faham, Bojan Hodak Tak ‘Halalkan’ Tindakan Penyokong KL City Ceroboh Padang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN