Pertahanan Kental Afrika Selatan Kini Rasmi Milik Sang Kenari

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Kedah Darul Aman (KDA) dilihat sudah pun mendapat khidmat pertahanan import baharu mereka di posisi pertahanan untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

KDA yang sah menggugurkan lima pemain import mereka pada musim lalu telah pun membuat sedikit rombakan agar bersesuaian dengan taktikal pengendali baharu merekaiaiti Nafuzi Zain.

Terbaharu, KDA rasmi sudah pun menandatangani khidmat pertahanan import baharu mereka dari Afrika Selatan iaitu Alan Robertson untuk musim ini menerusi laman rasmi mereka sebentar tadi.

Perkara itu dikhabarkan sendiri menerusi wartawan sukan sebelum itu, T. Avineshwaran menerusi Twitter beliau sebentar tadi dengan menyatakan Kedah mungkin akan mendapatkan khidmat pertahanan import tersebut.

“Difahamkan Kedah mungkin akan berpindah untuk mendapatkan pemain pertahanan tengah Afrika Selatan, Alan Robertson.

“Dia kini bersama kelab Filipina, United City. Pemain berusia 28 tahun itu pernah bermain di Afrika untuk kelab seperti AmaZulu dan Stellenbosch,” jelas kenyataan tersebut.

Alan yang beraksi berdama United City sebelum itu telah pun mencipta enam penampilan bersama satu gol serta satu bantuan jaringan dilakar beliau.

Sang Kenari yang jelas sangat lemah di posisi pertahanan musim lalu, pastinya mengharapkan sesuatu daripada Alan untuk mengatasi isu tersebut serta ditagih bagi memperkuatkan pasukan.

Pada musim lalu, KDA telah pun menggunakan khidmat dua tonggak pertahanan import mereka iaitu Marc Vales dari Andorra serta pemain Korea Selatan, Jang Suk-won.

Namun, kedua pemain ini tidak begitu memberi impak besar buat pertahanan KDA yang menjadi antara pasukan paling banyak bolos musim lalu.

Sehingga kini, KDA sah menandatangani khidmat dua pemain import baharu mereka yang beraksi di posisi tengah iaitu Amirbek Juraboev serta Manny Ott.

Dilaporkan juga pasukan itu bakal menandatangani bekas penyerang Sri Pahang pada musim lalu iaitu Manuel Hidalgo selain seorang lagi penyerang dari Brazil yang belum dikenal pasti.

Untuk skuad simpanan KDA pula, dua pemain muda dari Algeria serta Kosovo telah pun menyertai sesi latihan pasukan tersebut sejak semalam iaitu Zakaria dan Bekim Ferizi.

Kedua pemain tersebut dilaporkan akan menjalani latihan terlebih dahulu, sebelum diserap masuk dalam skuad simpanan musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN