Pertahanan Kedah Seru Peminat Penuhi Stadium Demi Pasukan Keramat

Pertahanan utama Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Akmal Zahir menyeru para peminat bola sepak Sang Kenari supaya memenuhi Stadium Darul Aman (SDA) untuk aksi separuh akhir kedua MFL Challenge Cup 2024/2025.

Terdahulu, Sang Kenari berjaya bangkit daripada mencipta kekalahan apabila mereka terikat seri bersama PDRM menerusi keputusan 3-3 ketika perlawanan di Selayang.

Tiga jaringan Kedah terhasil menerusi Milos Gordic, bekas penyerang muda Harimau Malaya Aiman Afif, serta Akmal Zahir untuk menghidupkan peluang mereka ke pentas akhir kejohanan tersebut.

Jelas Akmal, beliau berpuas hati akan keputusan itu walaupun pada awal permainan menyaksikan Sang Kenari terlebih dahulu ketinggalan dengan dua jaringan di separuh masa pertama.

Malah, beliau menyeru peminat untuk hadir ke stadium dan memenuhi setiap tempat duduk pada aksi tersebut demi memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan mereka.

“Saya bersyukur kita tidak kalah di sini dengan keadaan pasukan kami sekarang. Keputusan seri ini dianggap positif untuk kami pulang semula ke Alor Setar dan melakukan aksi lebih baik nanti.

“Oleh itu, saya ingin menyeru para penyokong bola sepak Kedah untuk hadir ke stadium nanti dan dapat memenuhi tempat duduk demi pasukan keramat mereka,” kata Akmal menerusi kenyataan dikongsikan oleh MFL.

Musim ini menyaksikan Akmal sudah pun beraksi beberapa kali bersama Sang Kenari selaku pertahanan utama dan merekodkan satu gol buat Kedah di pentas domestik.

Selepas pelbagai masalah dihadapi Kedah sejak awal musim di pentas Liga Malaysia (Liga M), kejohanan ini merupakan salah satu detik terbaik buat Sang Kenari untuk mencipta kebangkitan mereka di hadapan para peminat.

Apatah lagi, Kedah juga sebelum itu menjadi antara pasukan yang tersingkir awal di pentas Piala FA serta kejohanan Piala Malaysia yang menyaksikan mereka hanya mempunyai satu peluang sahaja lagi untuk cuba merebut kejuaraan MFL Challenge Cup.

Walaupun begitu, PDRM juga sudah tentu ingin melakar kebangkitan kembali pada aksi separuh akhir kedua akan datang dengan turut membawa misi untuk cuba meraih kemenangan demi memburu slot ke ke pentas akhir.

Selepas terikat seri, sudah tentu P. Maniam mencipta persiapan cukup rapi terutama dengan memperbaiki setiap kelemahan semasa demi mengatasi Sang Kenari.

Manakala Kedah pula, mereka sudah tentu akan terus menaruh kepercayaan buat Victor Andrag untuk menerapkan strategi terbaik bagi memerangkap pasukan lawan.

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN