Pertahanan Indonesia Pimpin Gillingham Ke Pusingan Ketiga Piala FA Bertemu Leicester City

Tonggak pertahanan kebangsaan Indonesia iaitu Elkan Baggott berjaya membantu pasukan diwakilinya di England iaitu Gillingham FC mencatat kemenangan, untuk mengatasi Dagenham & Redbridge FC dalam saingan Piala FA.

Setelah mengalami kecederaan beberapa hari lalu, Baggott jelas bangkit dengan aksi yang cukup membanggakan pada aksi semalam untuk mengetepikan lawan dengan membantu Gillingham mencatat kemenangan 3-2.

Baggott juga menjadi punca kebangkitan rakan sepasukan, selepas pemain ini berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-26, setelah sebelum itu mereka ketinggalan 0-1.

Musim ini menyaksikan Baggott telah pun meledak tiga gol bersama Gillingham, walaupun ia merupakan musim pertama buat pemain tersebut mewakili kelab itu secara status pinjaman.

Tampil dengan aksi yang cukup berdisiplin di posisi pertahanan, pemain muda tersebut jelas menyelamatkan banyak keadaan pasukan untuk mengelak daripada dibolosi.

Kemenangan tersebut mengesahkan Gillingham berjaya mara ke pusingan ketiga Piala FA untuk bertemu wakil English Premier League (EPL) iaitu Leicester City.

Perlawanan tersebut bakal berlangsung pada 7 Januari depan dan ini menjadi peluang buat Baggott untuk terus mempamerkan sesuatu ketika bertemu pasukan lebih ternama.

Walaupun begitu, ia bakal menjadi masalah besar buat Indonesia bagi saingan Piala AFF ini untuk terlepas khidmat Baggott selaku salah seorang pemain penting mereka.

Ini kerana, Gillingham mungkin tidak akan melepaskan Baggott kerana pemain ini sudah menjadi tonggak utama kelab serta mereka perlu membuat persiapan untuk aksi akan datang.

Jadual Piala AFF kali ini juga menyaksikan aksi separuh akhir bakal berlangsung pada enam atau tujuh Januari dan ketika itu Baggot sudah tentu sibuk mempersiapkan diri bersama Gillingham untuk aksi bertemu Leicester City.

Sehingga kini, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) masih lagi belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai status pemain tersebut untuk bersama menyertai saingan Piala AFF.

Walaupun begitu, pengendali Sang Garuda iaitu Shin Tae-yong tetap menyenaraikan nama pemain itu sebagai salah seorang pertahanan mereka bagi mengharungi kejohanan tersebut.

Menurut CNN Indonesia, Baggott sebelum ini telah pun menyatakan beliau akan menyertai kem latihan pusat Indonesia untuk membantu skuad kebangsaan tersebut memperkukuhkan pertahanan.

Namun, situasi ketika ini menyaksikan ianya agak sukar untuk pemain tersebut tampil di Indonesia setelah berdepan jadual perlawanan yang agak padat.

Selain berdepan aksi saingan liga yang agak padat, Baggott bersama rakan sepasukan juga bakal mengharungi aksi Carabao Cup untuk membuat perhitungan bersama Wolverhampton Wanderers pada 21 Disember ini.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN