Pertahanan kental Indonesia iaitu Sandy Walsh dilaporkan mungkin bakal menyertai Yokohama F. Marinos tidak lama lagi demi memastikan posisi belakang pasukan itu terus stabil di segenap posisi.
Terdahulu, Sandy merupakan salah seorang pemain yang sangat menyerlah di saingan utama Belgium bersama KV Mechelen selama beberapa musim dengan sangat menyakinkan.
Kehadiran pemain tersebut bersama Yokohama F. Marinos kerana mereka memerlukan pengganti bagi tonggak dari Australia yang mengalami kecederaan iaitu Thomas Deng.
Thomas Deng dikatakan mengalami kecederaan ketika saingan pra musim di bahagian kaki yang menyaksikan pasukan itu memerlukan pengganti dengan kadar segera sebelum aksi sebenar bermula.
Rekod menyaksikan Deng merupakan pemain kelahiran Nairobi, Kenya yang memegang kerakyatan Australia dan beraksi dengan cukup bagus terdahulu buat Albirex Niigata sebelum diikat Yokohama F. Marinos.
Tanpa Deng, Bola.com melaporkan Sandy menjadi calon paling bersesuaian untuk menjadi pengganti kepada kekosongan tersebut menerusi kualiti serta pengalaman.
Tambahan pula, masa depan Sandy sendiri bersama KV Mechelen dilihat semakin kelam apabila beliau dilaporkan tiada dalam perancangan jurulatih tersebut, Besnik Hasi.
Malah sumber dari Belgium iaitu Gazet Van Antwerpen sendiri melaporkan Sandy bakal berhijrah dari Belgium untuk menyertai salah satu pasukan di Asia.
Sepanjang bersama KV Mechelen musim ini di Belgium, Sandy telah merekodkan tujuh penampilan buat kelab itu dengan hanya tiga kali bermula dalam senarai kesebelasan utama.
Musim lalu menyaksikan Yokohama F. Marinos menamatkan saingan mereka di tangga ke-9 dengan mencipta 15 kemenangan daripada 38 penampilan.
Untuk persediaan, beberapa muka baharu lain juga telah ditandatangani musim ini seperti Daiya Tono, Jeison Quinones, serta beberapa nama lagi.
Keupayaan Sandy tidak boleh dinafikan lagi sewaktu beliau bersama KV Mechelen atau buat Sang Garuda menerusi disiplin serta ketenangannya di posisi pertahanan.
Disebabkan itu Sandy dianggap calon tepat untuk mengisi kekosongan baharu selaku pertahanan import pasukan tersebut di Jepun.
Pertahanan Indonesia itu berkemungkinan juga bakal diperkenalkan tidak lama lagi oleh kelab tersebut selaku pemain import terbaharu mereka demi mengharungi musim seterusnya.