Pertahanan muda Indonesia, Elkan Baggot boleh dianggap berada dalam prestasi terbaik beliau ketika ini dalam karier bola sepak profesional di England sejak beberapa musim ini.
Terbaharu, beliau kembali beraksi dalam saingan EFL League One selepas kelab asalnya iaitu Ipswich Town meminjamkan Baggot kepada Cheltenham Town untuk tahun ini.
Delighted to be joining @ctfcofficial for the rest of the season. Really excited for this new challenge and can't wait to get started!😁🙌 pic.twitter.com/U4M9PNAhmL
— Elkan Baggott (@BaggottElkan) January 19, 2023
Dengan usia pertahanan tersebut yang masih muda, Baggott boleh dikatakan mempunyai masa depan yang cerah untuk terus bersinar di England, sekali gus memberi kelebihan buat skuad kebangsaan Indonesia.
Menurut Baggott, pemain tersebut mempunyai sasaran tersendiri bersama Cheltenham Town dan sudah tidak sabar untuk membantu pasukan tersebut meraih seberapa kejataan bersama.
Sebelum ini, Ipswich telah pun meminjamkan Baggott kepada Gillingham yang beraksi dalam saingan EFL League Two dan pemain tersebut berjaya tampil dengan corak permainan sangat menyakinkan.
Menurut Baggott, beliau sangat gembira selepas dirinya dapat kembali beraksi dalam saingan League One dan beberapa sasaran peribadi telah diletakkan pemain tersebut bersama pasukan itu.
🗣️ Elkan: "I'm absolutely delighted to be here"
⬇️ Watch the full interview with our latest addition over on iFollow #ctfc
— Cheltenham Town (@CTFCofficial) January 20, 2023
Selain mahu membantu Cheltenham mengelak daripada tersingkir ke divisyen League Two, Baggott juga mahu menampilkan aksi lebih kukuh di posisi pertahanan serta seimbang membantu serangan.
“Saya sangat gembira untuk berada di sini membantu Cheltenham musim ini. Saya sudah pun bersedia untuk dibawa turun beraksi dan mahu membantu pasukan dari segala sudut untuk memastikan kami kekal bersaing.
“Sudah tentu saya ingin membantu baik dari segi pertahanan atau serangan. Selain itu, saya juga ingin memperbaiki aspek pertahanan.
“Pada masa sama, saya juga ingin terus menyesuaikan diri di posisi serangan agar saya mampu membantu pasukan dari sudut penghasilan gol,” jelas Baggot menerusi CNN Indonesia.
Menurut rekod, Baggott telah pun meledak tiga gol secara keseluruhan bersama Gillingham daripada 32 penampilan dicatat pemain ini buat pasukan tersebut.
Ketika ini, Cheltenham sudah pun berada di posisi ke-18 dalam saingan liga dan dibezakan dengan hanya empat mata daripada Cambridge United di zon penyingkiran.
🗞️ | @BaggottElkan has been recalled by parent club Ipswich Town and has immediately joined Cheltenham Town on loan.
We thank Elkan for his services and we wish him well for the future.https://t.co/H43zInajAy#Gills
— Gillingham FC (@TheGillsFC) January 19, 2023
Baggott antara individu yang terlepas pada saingan Piala AFF baru-baru ini bersama Indonesia, selepas beliau tidak mendapat pelepasan daripada pasukannya untuk bersama negara.